Sunday, January 2, 2011

Spaghetti Lemak Pedas

Ni menu tahun lepas tau...diulangi...tahun lepas..bukan tahun nih. Cehh,macam dah lama je tahun lepas, padahal baru kelmarin... nasib baik gambo xbasi cam makanan, kalau x dah lama dah campak dlm cik tong.. Tahun lepas ke, tahun ni ke xkesahh..janji kena tayang..senang nak buat rujukan di masa depan.. Spaghetti ni dah banyak kali buat, tapi nila 1st time tayang. Ambe memang penggemar spaghetti, so bila ada cara masakan yang lain sikit ni dari yang kita biase makan dan sedap pulak cara masaknye, memang menu tu akan berulang kali la dimasak..masak sampai nak termuntah baru stop,hehehhe...tapi ambe punya xnampak creamy sgt..resepi cnp dari umah Abang Mat Gebu... penggemar spaghetti kena try nih,mmg sgt sedap..


BAHAN-BAHANNYA :

1/2 cekak spaghetti
2 biji tomato ceri tomato, hiris bulat
1/4 bahagian red capsicum, dadu
1/4 bahagian green capsicum, dadu
1/4 bahagian yellow capsicum, dadu
1 helai bay leaf
3 biji cii padi, hiris halus (optional)
1/2 camca teh lada hitam yang baru dikisar
2 ulas bawang putih, cincang halus
1/3 cawan susu cair IDEAL - ambe ganti susu segar
1 keping meat loaf "ayamas", didadu -ambe ganti udang
1/2 kiub pati ayam "Maggi"
Sedikit air

CARA MEMBUATNYA :

  1. Rebus spaghetti tadi hingga lembut mengikut arahan pada paket atau citarasa masing2. Toskan dan gaul dengan sedikit minyak zaitun. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak zaitun dalam kuali tak melekat. Tumis bawang putih hingga layu, masukkan bay leaf dan meat loaf tadi, kacau sekejap dan tuang susu + air, biar mendidih. Tambah serbuk lada hitam dan kuib ayam, kacau dan biar masak perlahan.
  3. Masukkan red/green/yellow capsicum bersama cili padi. Tambah spaghetti dan gaul rata. Masak hingga pekat, dan rasa jika perlu tambah sedikit garam. Bila dah ok boleh matikan api.
  4. Alih ke dalam pinggan yang sesuai, hias dengan hirisan tomato dan taburkan sedikit lagi serbuk lada hitam. Hidangkan segera.

5 comments:

Deliah's Deli said...

salam...anta ni ke rumah akak skunk gak :DDDDDD

me said...

sedapnye....

suri solehah said...

salam..tengok spageti camni,,teringin pulak sbb biasa nampak org guna sos masam tu..akak tak berapa suka..

Mimiey.. (^-^) said...

kak deliah..
baik boss (smbil tabik hormat)...lagi 4 jam siap...hhehhehe

me..
hehehhehe...tq

Mimiey.. (^-^) said...

kak suri solehah...
kalau camtu, akak patut try yang ni sebab xguna sos yg merah tu..ni rase die creamy sbb guna susu...