Sunday, January 9, 2011

Baked Macaroni

 Menu dinner semalam... kitorang memang malam jarang makan nasi sebab selalunya akan makan selain dari nasi..kecualila kalau makan kat luar, suka ati la nak bedal makan apepun..nasi ke, ape ke...
Macam sememeh je sebab posing time baru lepas masak, xdan nak sejuk dan membentuk..dah ku sudukan sikit utk diposing dan ditayang kat sini. Sebab masing2 sume dah lapar, memang xdan nak tunggula.. masak ni pun dah agak lambat,kul 8 baru nak stat masak sume...dkt kul 9.30 lebih gakla baru leh makan..ni amek kat kak Asma MyR..nama diberi simple baked macaroni tapi dah dirumitkan oleh ambe..nak tengok yang simple leh klik kak asma punya ye..

Baru lepas masak...


Bahan-bahan:

  • 250 gm macaroni - rebus dengan sedikit minyak dan air, toskan bila masak
  • 1 labu bawang besar*
  • 2 ulas bawang putih* cincang kasar
  • 1 batang saderi - hiris nipis
  • 1 batang carrot - parut
  • 3 keping daging burger*
  • 10 ekor udang*
  • 100 gm isi ayam* cincang kasar
  • 1 cawan susu segar
  • 1/2 cawan air
  • 3 keping daging burger
  • 6 sb sos prego
  • 3 biji telur
  • 1 sk serbuk lada hitam
  • sedikit hirisan daun parsley
  • sedikit garam
  • 5 keping cheese slice - guna yg lain pun ok...terpulang
Cara-cara:
  1. Tumis bawang besar dan bawang putih hingga wangi. Kemudian masukkan daging burger, udang dan isi ayam. biarkan seketika dan masukkan air. Biar hingga mendidih.
  2. kemudian masukkan carrot dan saderi. kacau sebentar dan masukkan serbuk lada hitam, sos prego dan garam. Biarkan 1-2 minit.
  3. Setelah itu masukkan hirisan daun parsley, telur dan susu segar. Kacau sekali dan terus padamkan api.  Kacau lagi hingga semua bahan sebati dan masukkan macaroni dan sebatikan semuanya. Masukkan ke dalam loyang yang sesuai.
Utk menutup bahagian atas:
  • 50 gm butter
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 1/2 cawan susu segar
  • secubit garam
Cairkan butter, masukkan tepung n kacau sehingga sebati seterusnya masukkan susu segar n sedikit garam. Tuangkan adunan yang pekat ini ke atas macaroni tadi. 
Susun kepingan cheese di atas dan bakar selama 1 jam pada suhu 180 darjah Celcius

4 comments:

Mas said...

mimiey...nmpk sedapp la, tapi kan k.mas tak reti makan benda2 mcm ni...hidu jer la....

Nieza said...

sedapnya...memang terliur dibuatnya...:)

Ayu Safieza said...

mmmmm sedap nyer mimiey.....terliur kak.....bertuah badan pandai masak...ka pandai makan jer....meuhehehe...

Mimiey.. (^-^) said...

kak mas...
hidu pn xpe la kak mas...boleh ameek bau sedap ke x..hehehehhe

kak nieza...
hehehehheh...kalau dh terliur,kena buat tuh kak nieza..

kak ayu safieza..
hehheheh...mie pn xdela pandai sgt kak ayu...skadar try mane yg berkenan je..tapi makaroni sedap tau,cubala...