Wednesday, January 19, 2011

Bun Lembut Osaka

Nak gelak jap...hahhahahahahah....smbil terguling-guling.... nak tau nape ambe gelak terguling2??? sebab roti ambe ni cam xsesuai je letak nama bun lembut osaka..xlembut sangat pun..agaknye ada silap mase dok mengadun dough tu agaknya... tapi kalau makan masa panas2 memang lembut..bila dah sejuk, dia agak keras.. ni mesti ade silap teknik yang ambe buat ni..xpe, nnati lenkali nak try buat lagi sampai jadi lembut cam Kak Ros punya....ni umah Kak Ros punya ye ambe amek...ada beberapa jenis roti lagi ambe nak try... tapi kalau boleh nak pass yang ni dulu...tengokla camne nanti... walau apepun, roti ni kejap je laku.. ambe pun makan sapu sos coklat... hmmmm...enak..lazat...Kak Ros, mie cnp ye...mekasih

Bahan-bahanya: ( Untuk Doh)

  • 300gram tepung roti
  • 80gram tepung gandum
  • 2sudu besar water roux
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss nanti) 
  • 1 1/2 sudu besar marjerin
  • 2 sudu besar gula
  • 1/3 sudu kecil garam
  • 2 sudu kecil yis
  • 160 ml air suam
  • * untuk gliss*
  • baki telur + 2 sudu besar susu

resepi water roux, ros buat separuh adunan je, adunan penuh di blog MamaFami, thankyou Mama
25 gram tepung gandum
125 ml air


cara-cara untuk membuat water roux:

masukan semua bahan di dalam periuk dan kacau sehingga pekat dengan  menggunakan api perlahan setelah pekat angkat dan sejukkan sebelum digunakan, ( bahagi dua kuantiti water roux tadi, dan boleh digunakan utk 2 adunan roti)

Cara-caranya: ( Doh Roti)


1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 16 bahagian kecil, dan bulat-bulatkan kemudian susun atas dulang pembakar atau dalam acuan bulat 18cm. Boleh juga susun dalam acuan petak. Pastikan dulang pembakar di alas dengan baking sheet atau digliss dahulu dengan marjerin.


5. Setelah bun naik dua kali ganda, gliss pemukaan bun dengan baki telur+susu tadi,  akhir sekali bakar pada suhu 180 darjah selama 20 ke 22 minit atau sehingga permukaan bun perang. Setelah siap dibakar, sejukkan atas redai dan simpan di dalam bekas bertutup, bagi mengekalkan kelembutan bun. Selamat Mencuba.

4 comments:

sissyira said...

salam

pernah buat roti, tapi selalu tak menjadi..huhu

Nieza said...

mi,lawa dah la tu roti mi ni...mkn panas2 sedap ni..:)

suri solehah said...

miey nak tanya miey buat roti guna BM ke?akak try buat resipi tg tu lah tp sbb takda BM akak manual je lah..tapi hasil dia..kalau buat baling sesuatu sah boleh mati huhu..mintak petua leh?

Mimiey.. (^-^) said...

sissyira..
saya pn ni je baru blaja buat...still in learning process...

kak nieza...
xcapai piawaan ISO 2011 lagi la kak nieza,huhuhu....

kak suri solehah...
mie xde BM kak suri,guna tangan je..berketui gakla muscle kuar... mie pn xlembut sgt lagi,tapi blhla...ni pn still mencuba nak bagi lembut cam sifu lain buat...