Saturday, January 22, 2011

Puding Roti Pisang

Ini buat semalam....makan sekali ngan pizza kat bawah sinun. Resepi ambe dapat dari paper Harian Metro 2 3 hari lepas. Tu pun my dad yang suggest suruh buat sebab dia kate nampak cam best je kalau dapat makan puding roti yang dihiasi dengan pisang dan ditaburi dengan kekacang dan kismis... kebetulan semalam my dad beli pisang, so ambe buatkanla as requested. Ni resepi dari Chef Ismail yang glamer tu..tapi dah ku edit sikit bahan2nye...

Baru pas kuar oven....

Bahan-bahan:
  • 12 keping roti putih
  • 450 ml susu segar
  • 7 sb gula perang
  • 1/2 sk serbuk kayu manis
  • 2 biji telur
  • 1 sk esen vanila
  • 4 biji pisang - potong menyerong
  • sedikit butter - simpan dalam peti dulu,jangan keluarkan lagi
  • 1/2 cawan kekacang
  • 1/2 cawan kismis dan kurma - potong ikut suka


Cara-cara:
  1. Di dalam mangkuk,satukan susu segar, telur, gula perang dan serbuk kayu manis dan kacau hingga sebati. Ketepikan.
  2. Potong kulit tepi roti yang digunakan dan potong menyerong roti membentuk segi tiga.
  3. Susun roti yang dipotong tadi ke dalam dulang pembakar yang telapu dilenser dengan sedikit marjerin.
  4. Letakkan kulit roti yang dipotong di tengah lapisan roti yang disusun tadi. 
  5. Adunan yang telah dikacau tadi dituang ke atas susunan roti dan dibiarkan selama 20-25 minit. Tabur kekacang, kismis dan hirisan kurma ke atas lapisan roti dan susun pisang mengikut kreativiti masing-masing.
  6. ambil butter yang disejukkan tadi dan parut ke atas roti secara serata.
  7. Bakar adunan pada suhu 160'c selama 25 minit @ hingga masak. Siap untuk dihidangkan.

3 comments:

Mas said...

perhh...sedapp tu..nak sikitt bolehh....
mimiey, loyang tu k.mas guna 22x15x32, muat untuk 12 biji bun....

Deliah's Deli said...

salam..perghh..ngan ice cream lg tu..sajer nk bg jeles ya..:p

Mimiey.. (^-^) said...

kak mas...
oleh keran lmbt mereply,maka dgn ini ingin dinyatakan bahawasanya puding roti pisang itu tlh habis licin....hehheheheh...ok,thanks kak mas psl size loyang tu

kak deliah...
hehehehhe...tau xpe...saje nk menggoda