Monday, January 17, 2011

Asam Pedas Kak CM

Lunch hari ni..asam pedas lawan ikan kembung goreng, sambal dan timun kontot...fuhhhh, masyukk...Ingat nak buat kuah dia ala-ala pekat sikit, tapi tadi tengah masukkan air dalam periuk, leh pulak sembang dengan my mum sambil gelak2...punyala syok sembang sampai air dah nak penuh paras bahaya periuk dah..nak buang sayang..last sekali masak jela. Tu yang agak cair kuahnye... tapi tetap ummpphhh...nak2 bila dipicit2 dengan cili padi kampung yang pedas ya amat..berpeluh2 ketiak makan...amek umah Kak CM...


Bahan-bahan:

  • 3 keping ikan tenggiri - ambe guna ikan selar
  • 6 biji kacang bendi
  • 10 ulas bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 8 tangkai cili kering-rendam dgn air mendidih 
  • 1 tsp serbuk kunyit
  • sedikit belacan
  • 1 keping asam gelugur.
  • 1 tangkai daun kesom.
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa.
  • 3 cawan air
  • Sedikit minyak untuk menumis.
Cara-cara:
  1. Bawang merah,bawang putih,halia,cili kering,belacan dan serbuk kunyit di kisar halus.
  2. Ikan dicuci bersih dan di toskan.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan-bahan kisar hingga naik baunya.
  4. Masukkan 3 cawan air dan biarkan mendidih.
  5. Masukkan ikan ,daun kesom.garam.gula dan asam keping.Masak hingga kuahnya pekat.
  6. Akhir sekali masukkan kacang bendi dan masak hingga bendi 1/2 masak.
  7. Siap untuk dihidangkan.

4 comments:

Nieza said...

uishh terliur dah akak ni ...nk hirup asam pedas ni..siap bawa pinggan nk lunch ni...hehe

Mas said...

sedapp tu asam pedas.,,,eehhh..tu belimbing buluh ke yg tergolek sebiji kt tngh2 ikan tu..he..he..

Ida Ddapur said...

emm...sedapnyer..k'ida kenal yg tergolek kat tgh tu..itu la LADA besar kan

Mimiey.. (^-^) said...

kak nieza...
hehhehehe....boleh2,mie pn baru je habis 2 mangkuk..bak sini pinggan nak isi nasi ngan asam pedas...

kak mas...
sedao tapi cair skitla kak mas...2la padahnye bersembang bagai mase tgh tuang air..hahhha,de rupe belimbing buloh eh??? kak ida kat ats dh jawab tuh...lada besar la..

kak ida...
hahhaha...betul3...