Powered By Blogger

Sunday, November 28, 2010

Kembali Bersiaran... Untuk seketika

Assalamualaikum.... Dah 4 hari ambe xbersiaran, xmerewang ke umah teman2, kakak2 blogger kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Macam yang ambe gtau pada n3 yang lalu, seisi umah ambe telah telah dijangkiti demam, selsema dan batuk yang teruk sampai ada antara kami kena mengadap doktor 2 kali dalam masa 5 hari.. Tambah menyeksakan bila ambe adik beradik tidak dapat menelan makanan kerana keadaan tongsil kami yang membengkak terlalu teruk hingga hampir menutupi saluran tekak. Kami adik-beradik memang sume ada sakit tongsil sejak kecil lagi. So bila demam, memang seksa sebab nak telan pape memang sakit..


Sekarang ni, Alhamdulillah sume dah beransur sihat kecuali abah ambe yang demamnya masih agak kuat berbanding kami semua. namun, sume orang dah kembali berselera mengadap makanan walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Kalau x, memang xde selera langsung... Ok, kita tinggalkan yang itu. Kat bawah ni, ambe tayang n3 tertunggak hidangan kek d pagi raya haji yang lepas. Baru je boleh tayang kat sini...


Gambo pun snap ala kadar je sebab keadaan nak cepat masa tu. Resepi ni dari kak yatie tapi nanti ambe link kan kemudian sebab nak kena g kemas beg. Dan mulai esok hinggala habis hujung minggu ni ambe xkan bersiaran... bukan kerana merajuk ke apa... tapi ambe nak ke shah alam sebab nak menghadiri istiadat konvokesyen ambe hari khamis ni. So, bermula esok memang blog ni xdan ambe nak jenguk, sapu sawang bagai..


InsyaAllah kalau xde aral melintang ahad kita jumpa lagi. Pada kengkawan blogger yang sudi jenguk umah ambe ni sepanjang ambe xbersiaran selama 4 hari tu dan sambung lagi sampai ujung minggu ni, tq ye sudi singgah umahku yang usang ini... Akhir kata, salam sayang dari Alkisahku....(^-^)


UPDATE: BUTTERY ORANGE CAKE


Amek dari : Kak Jun
Yg. Dah Try: Kak Nor, Kak Ina KL


  • 250gm butter (dilembutkan)
  • 2 sudu besar parutan kulit oren-saya letak 1 sb je
  • 330gm gula castor~ saya guna 250 gm je
  • 4 biji telur
  • 225gm tepung naik sendiri
  • 75gm tepung gandum
  • 180ml orange juice
  • 1 sd kecil ovallete ~ ni k.nor tambah ..(saya pun tambah..)
Cara-cara
  1. Pukul butter, gula dan ovallete serta kulit oren sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan pukul lagi.
  3. Masukkan tepung diselang-selikan dengan orange juice. Pukul rata.
  4. Isi dalam loyang yg telah dialas kertas dan di gris. Bakar 1jam 10min...180C...
#Orange juice tu k.nor guna air bancuhan sunquick oren aje sebanyak 180ml spt kehendak resipi....(saya pun ikut mcm K.Nor..).
## utk hasilkan kek marble spt diatas, bahagi dua adunan dn campurkan 1 bahagian dng 1 sudu teh coklat emulco dn sedikit pewarna coklat.
### Lapiskan satu persatu adunan secara selang seli hingga habis baru la dibakar.

Wednesday, November 24, 2010

daging Grill Pedas @ Nue Nam Tok


Ni n3 semalam ye.. ingat nak tayang semalam tapi semalam seisi umah ni diserang demam, selsema dan batuk sampai sume orang xlarat nak bangun. Sume dok berbungkus dalam selimut dan hasilnya, hari ni 3 daripada 5 penghuni umah ni masuk bilik doktor. Sekarang musim demam agaknya sebab sana sini ade je ambe dengar yang demam, selsema dan batuk. Xpe, jangan susah hati... Ini ujian dari Allah nak menghapuskan dosa-dosa kecil kita..

Ok, sekian yang tu. Ni masuk bab daging pulak... Ini sebenarnya n3 pertama pasal daging kat umah ni sejak si hitam tu dikorbankan minggu lepas. Bukan xnak tayang hasil masakan daging tu, tapi kitorang just goreng je daging tu macam biasa. Itu yang xtertayang kat sini. Tapi sebab semalam ambe buat lain sikit dari goreng, so kuarla muka daging ni kat sini. Ni pun lepas pakai mekap bagai. Ni ambe amek umah Kak Ija sebab berkenan tengok dagingnya itu. Walaupun banyak bahan xde, tapi rasenya still mabeles. daging ni nak ratah je pun sedap, nak buat macam yang ambe buat kat bawah ni pun boleh jugak.. Ikut suka la..Makan dengan nasi lagiiiiiiiiiila sedap!!!


Konon-konon xnak makan nasi bila buat camni, tapi last2 ku baham jugak nasi. Yang dalam gambo tu, ambe lawankan dengan potato wedges dengan salad simple. Maunya xsimple, ambe hiris halus kobis dan carrrot, lepas tu gaulkan dengan sos thousand island. Korang layan je la gambo tu ye, sume dah licin kitorang baham semalam... 

Daging Gril Pedas
  • 250gm daging batang pinang
  • 1 sudu besar kicap
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam yg ditumbuk

Cara2

Gaulkan semua bahan dan perap selama 30 minit.
Kemudian gril dlm oven atau frying pan hingga masak.
Hiris daging nipis2 dan ketepikan.

Bahan2 Lain
  • 5 ulas bawang merah ~ dihiris halus
  • daun pasli/daun saderi ~ dihiris
  • daun bawang ~ dihiris
  • 1/2 cawan daun pudina ~ dicarik - ambe xletak
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar sos ikan - ambe xletak
  • 2 1/2 sudu besar air limau nipis
  • cili padi (ikut kepedasan) ~ diketuk dan dihiris # resipi asal letak serbuk cili kasar>>yg ni kita letak
  • ambe tambah tomato n lada benggala bakar

Award: Dari Kak Izah

Malam ni bila buat lawatan umah ke umah, masuk umah kak Izah tengok2 kena tag. Nampakla award ni yang mengatakan your blog is SO CANTIK... Alhamdulillah... time kasih sebab puji blog ambe cantik. Lepas ni akan di improvekan lagi agar nampak MORE CANTIK...

Cikgu ambe mase skolah dulu pesan kalau orang puji pape hak kita cantik ke, comel ke, lawa ke.. terima dengan senang hati. Xyah katanye buat muka tersipu-sipu ala-ala malu kucing bila kena puji. Terima je dan buat semangat supaya boleh berlaku lebih penambahbaikkan dalam setiap pujian itu. Sekian ceramah malam khamis...

jawabla tag ni sikit...

Nick name tuan empunya Blog:
Mimiey

Ucapan untuk pemberi award:
Ke hadapan Kak Izah yang disayangi dan diingati selalu...ehem..ehem... tq ye sebab bagi award ni. So cantik???? InsyaAllah akan dicantikkan lagi ye..hehehehhe. Sebagai balasan sebab kasi award ni, esok datang bekpas kat umah ye...

6 fav artist / singer / group:
Ziana zain
Priyanka Chopra
Song Hye Kyo
Rain
Karisma Kapoor
Shah Rukh Khan

Tag 10 bloggers:
Hmmmm.... yang ni ambe banyak susah nak tag sebab rasenya sume akak2 blogger sume blog dorang SO CANTIK. So, akak2 blogger yang singgah umah ambe ni dialu-alukan utk terima award ni dari ambe dengan senang hati... Jangan lupa framekan tau...


Tuesday, November 23, 2010

Potato Wedges


Sambil2 masak tadi, ambe buat potato wedges ni. Kebetulan ada 5 biji ubi kentang dok tergolek dalam bekas, daripada biar dia dok tergolek camtu baik ambe buat sesuatu. Xdela sama dengan yang kfc punya tapi kitorang sefamily sgt suka makan kentang buat camni. Senang pun senang nak buat..


Bahan-bahan:


5 biji ubi kentang - potong 6 ( rebus setengah masak dan toskan airnya)
2 sb butter
1/2 sk garam
1/2 oregano


Cara-cara;


Ubi kentang yang telah ditos air tadi digaul dengan butter, oregano dan garam.
Kemudian grill la sebentar hingga 2 2 permukaan berwarna perang.
Paipkan cili sos dan sos thousand island di atasnya. Siap!!





Kena Tag la weii....

Tadi masuk blog kak Izah, ingat nak baca n3 baru... alih2 nampak nama Mimiey kena tag... mimiey mana nih??? Agak2 korang kalau buat xtau kijammmm x???? mentang2la arini SPM stat dengan BM, terus kena jawab soklan BM.. Seb baik masa SPM dulu, xnyorok celah meja masa cikgu mengajar, kalau x mau ambe ternganga nak jawab soklan kat bawah ni....


Kalau hari ni xde n3 terbaru kat umah ni, maknenye ambe dah sampai Ampangla g tuntut pape yang patut umah Kak Izah. Kak Izah, tunggu kedatanganku!!!!


1. apa benda paling penting dalam hidup korang?
Yang ni sama dengan kak Izah punya jawapan, spek. Dah 12 tahun menda alah ni dok tergantung kat depan anak mata ambe ni. Bangun je tido, terus tangan menggagau cari spek. Kalau x camne nak jalan g dapo. tapi kalau nak kuar, ambe pakai spek yang letak dlm mata la yakni lens..  kecik @ besar xpenting, yang penting spek kena ada. Tanpa spek sapala diriku, wakakkaka....

2. benda terakhir yang korang beli guna duit korang?
Barang bakery.. baru je semalam g borong barang bakery sebab banyak dah habis. Kang klu habis karang ambe gak yang xleh buat kek, muffin sume bagai. .
3. dimanakah tempat korang akan langsungkan perkahwinan korang dan apakah temanya nanti?
Yang ni jauh dari jangkauan lagi.. keje pun belum, nak brangan tema kawin.. mau kena ketuk dengan bapakku..

4. adakah korang sedang bercinta sekarang?
Cintaku hanya pada Allah dan family tersayang..

5. berapa lama korang akan mencintai kekasih korang?
InsyaAllah selagi hayat dikandung badan..

6. di manakah korang selalu jumpa kekasih korang? 
Tarak jumpa2..


7. novel/buku/majalah terakhir dibeli?
Novel Andai Itu Takdirnya by Siti Rosmizah.. sedap weiii cite dia

8. apakah nama penuh korang?
Mimi...tuttt...tuttt...tuttt


9. antara mak dan ayah, mana korang lebih mesra?
2 2 ku mesra.. xleh nak pilih mana 1


10. namakan orang yang betul² korang nak jumpa dalam hidup korang?
skang ni sangat2 nak jumpa adik no. 2. dah staun lebih xjumpa die... nak g jauh weiiii... hujung donia sana. tunggu dia balik taun depanla jawabnye baru leh jumpa... waaaaaaa, rendu!!!


11. adakah korang basuh baju korang sendiri?
Mestila..nak kena kejar keliling umah ke kalau dah besar gedabak camni mak lagi yang basuh baju.. 


12. dimanakah tempat yang betul2 korang nak pergi?
Kanada...sebab??? adik ade kat sana...


13. pilih salah satu, peluk atau cium?

Peluk pun nak, cium pun nak... tapi yang tu tok family je tau.. hah, tok kucing2 ku, upin dan ipin jugak...ngeeeee


14. beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag?
Pandai masak...bilala orang tu nak kasi kita makan air kuali dia..
pakai spek..macam ambe
mak budak yang lawa dan cun melecun dari Ampang..
ala...3 jeke??? nak lagi???? kak Izah, jawab sendiri..

15. Lima benda yang paling disayangi dalam hidup anda?
Sume benda yang hak milik ambe sume ambe sayang.. jangan sesapa gatai  g buat dajal kat barang ambe, memang nak kena la..

16. lagu yang paling anda suka dan selalu dengar?
Banyak.. tapi paling suka layan lagu korea n hindustan... tangkap lentok

17. bila tarikh lahir dan kat mana korang sambut tahun lepas?
24 mac 198...
Kat bilik kecik kat umah sewa seksyen 7 shah alam..lengkap ku bagi. Dah tengah blajo time tu, mana leh nak balik umah buat besday party bagai.  Dahle esoknye de test.. sambut besday sambil study.. rajin x??? poyo je lebeyyyy..

18. Lima rakan Blogger yang korang nak tag.
Hmmm...berchenta nak tag orang ni...


Kak Hana


AlongRoz



Kak Maz


Kak Yatie


Kak CM


* ampun kakak2ku...huhuhuhu