Tuesday, November 2, 2010

Banana Rolls

Gara-gara tergoda tengok Kak Mas tayang rolls dia beberapa hari lepas, petang tu terus g cari pisang. Pisang dh jumpa, tapi orang umah ni makan camtu je. Tengah hari tadi sambil masak sup hadnyai, sambil gulung pisang ni dengan kulit popia. Tapi ambe letak cheese kat tengah pisang tu sebab ambe xgemar sgt peanut butter ni..


Alhamdulillah pisang ni x meletopp masa tengah goreng. takut jugak, kang tetiba pongg!! meletopp, habisla tinggal kesan dera kat tangan ku yg muluss ini,ahaksss... Masa ngap pisang tu, terasa gabungan manis pisang dan rasa lemak cheese bergabung menjadi satu. Cheese tu macam mencair je kt dlm mulut, wallaaa....habis bersememeh sos coklat tu dihias dek tangan orang yg xberseni ni..


Yg Dah Try: Kak Nor, Kak Hana



Bahan-bahan :
  • Kulit popiah secukupnya
  • Pisang masak secukupnya
  • Peanut Butter super chunk - ambe letak cheese
  • Kelapa kering sangai - optional - hana tak letak
  • Tepung jagung / gandum + air -  bancuh utk jadikan gam

Cara-cara :
  • Belah tengah pisang. Sapukan peanut butter super chunk (yg ada kacang tuh). Kalau xde leh guna peanut butter biasa then taburkan almond nibs. Jika suka boleh juga taburkan dengan kelapa kering sangai utk bau yang lebih harum.
  • Kemudian katup kedua belah pisang dan letak di atas kulit popia.Gulung kemas dan gamkan dengan tepung jagung. Buat sehingga habis.
  • Panaskan minyak. Pastikan minyak benar2 panas. Goreng hingga kulit popia keemasan. Tidak perlu lama utk mengelakkan pisang menjadi lembik dan berair. Angkat dan toskan.
  • Hidangkan. Jika suka leh curahkan sos coklat, caramel atau aiskerim.


4 comments:

K.Nor said...

miey.. ada buat lebih tak? nk cikit deh :)

Mimiey.. (^-^) said...

kak nor...
hehhehe...licin berdesup time tu gak kak nor. ni nk kna g cari pisang lagi ni,xcukup...nnt mie bagi kak nor skt ye...

=) said...

mmm yg ni sangat sedap. kat sini byk cafe2 jual cam gini, tapi diorang jual saaaangaaat mahal, boleh tersedak batuk muntah semua coz mahal. hahahha.
buat sendiri lebih sedap & murah kan.
so ni bila nak abis kerja/sambung blaja?

Mimiey.. (^-^) said...

=)
hehhehe...sedap,murah dan cepat membuatnye.. nnt ble xkeje lehla try ye...
sy tgh menganggur skang ni,tgh cari keje lagi. doakan ye dpt keje. pn tgh plan nk smbg blaja..