Thursday, November 4, 2010

Kek Oren Lembap

Ni n3 tertunggak ye.. Buat beberapa hari lepas,dah habis dh pun.. Sangat2 sedap dan lembut. Bau oren masa tengah kukus tu semerbak je harumnye.. tapi jangan dipersoalkan saiznye sebab ambe tersalah letak dlm loyang yang agak besar,so bila masak flat je size dia. Nampak sangatla ketara kenipisannya namunbila ku cuba ngap... mak oiiii!! sedap bangat... dan jari-jemari ini mulala menyuap sekeping demi sekeping..

Nanti kalau nak buat lagi, kena doublekan adunan supaya dpt banyak skt dari yang ni. Nak membuatnye sangatla muuuudaaahhhhhh...cuma guna 5 benda je. Xcaya???? sat lagi korang tengok sendiri bebahannye.. Pejam mata pun,confemla xleh buat. Kang nak perah buah oren tu dlm mangkuk,terperah dalam mulut..sapa nk jawab tu??? Lupa lak, resepi ni hasil terjah umah Abg Mat Gebu ye...


BAHAN-BAHANNYA :-)
130 gram mentega
1 cawan tepung naik sendiri (self raising flour)
1/2 cawan gula halus dan asingkan 1 camca besar
2 biji telur gred "A", asing putih dan kuning
1 biji oren, parut kulit (bahagian kuning sahaja) dan perah jus

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan oven pada suhu 175C, lenser bunt-pan dengan mentega, atau guna acuan silicone. Ketepikan.
  2. Putar mentega dan gula hingga putih, masukkan kuning telur satu persatu dan putar hingga gebu. Masukkan parutan kulit oren, putar sebati.
  3. Pada kelajuan sederhana, masukkan tepung berselang seli dengan jus oren, hingga habis, pastikan bahan terakhir ialah tepung. Putar rata. Ketepikan.
  4. Dalam mixing bowl yang bersih dan kering, putar putih telur hingga berbuih, masukkan 1 camca besar gula halus yang diasingkan dari 1/2 cawan tadi dan terus putar hingga kental.
  5. Gaul putih telur dalam adunan no 3 dengan kaedah kaup balik, hingga rata dan sebati. Tuang dalam acuan tadi dan bakar selama 40 - 45 minit, cucuk dengan lidi sate jika keluar bersih tanda kek anda telah masak. Keluarkan dari acuan dan sejukkan atas jaringan sepenuhnya..

3 comments:

Eliza said...

pergh..warnanya mengancam dik. akak suker tapi anak2 pulak tak layan kek mcm nih. akibatnya bila buat akak melantak sorang2..

psst..Miey eksperimen di dapo skang semakin cemerlang ek..tahniah!

Suara Kalbu said...

Walahhhhhhhhhhhhhhhhhhhh...

Sedapnya kek oren lembap lembap. Takleh jadi ni. Kena try wat jugak ni... huhuhuu

Mimiey.. (^-^) said...

kak eliza..
hehheheh....xpe,kak liza buat sparuh adunan. sure xsedar tengok2 dh habis,hehhehe...
ala,biase2 je kak liza. papepun tq ye compliment tu..hargai sgt2!!! lapppp u!!!!

kak ida...
tryla kak ida..confem xnyesalnye