Thursday, November 11, 2010

Ikan Masak Asam

Saje jenjalan umah Kak Hanieliza, sambil dok selongkar resepi2 kat situ,  nampakla Kak Hanieliza buat ikan masak asam ni. Bahan-bahan sangatla mudah dan nampak sangat menyelerakan. Tambah lak xpernah buat style gini... Sekali sekala try menu yang guna asam jawa banyak ni bagus gak,leh longgarkan lemak mana yg patut...
Tang cili merah, cili hijau sume memang tarak sebab dah habis stok, so ku bantai letak cili padi kasi lagi pedas...lagi menyengat. Itu tang cili...ni tang gambo lak.. Tengah2 dok sedap nak posing ikan nak bergambo, tetiba lak kamera off sendiri.. Bila try bukak balik, die cakap batery exhausted. Ape, ko lari berganti 4oo m ke semalam bateri oooiiii??? Xdan ambe nak posing ikan ni kasi lawa.. Ni jela yg sempat.. Xpela,asal nampak bentuk ikan kembong tu udahle ye... Sayur pun xdan nak posing bagai,huhuhu...


Bahan:

2 keping ikan tenggiri - ambe guna ikan kembung
[boleh gunakan ikan lain saperti selar/kembung/bawal]

Bahan Hiris
3 ulas bawang kecil
2 ulas bawang putih
1 inci halia
1 biji cili hijau
1 biji cili merah
1 labu bawang besar

Bahan Sos
1 cawan air asam jawa
[boleh gunakan cuka..2 s/b cuka + 1/2 cawan air]
1/2 s/k kunyit serbuk [sebagai warna masakan tu]
1 biji tomato buah [belah 4]

2 sb sos lada hitam
minyak
garam

Cara:


1. Ikan dibersihkan dan gaulkan dngan kunyit & garam
2. Goreng sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
3. Tumiskan semua bahan yg dihiriskan.
4. Bila dah nampak layu sikit masukkan air asam jawa atau air cuka, tomato buah dan kunyit.
5. Bila dah mendideh masukkan ikan dan tutupkan api.
6. Sedap dimakan ngan nasi putih.

2 comments:

Mas said...

mimiey...tukar ngan gulai ikan ala2 kelantan k.mas nak....

Mimiey.. (^-^) said...

kak mas...
nak2..mestila nak, tambah2 ade nama kelantan kt blakang tu..