Sunday, November 14, 2010

Sambal Sotong


Kebetulan ada beberapa keping lagi sotong ni dalam esbok yang dah lama dok bertapa dlm tu. Agaknye kalau orang yang g bertapa, dah cukup kot ilmu d dada.. Bawal masak  laprik tadi xde kuah, so ambe buatkan la sambal sotong ni. lagipun kedua-dua adikku itu sangatla gemarkan sotong keping ni. Base sambal ni ambe guna resepi Kak Ros, cili kisar tumis segera.. Memang sangat mudah bila ada cili kisar ni. Buat banyak2 then simpan dlm peti. Bila nak guna, juz keluarkan dan boleh terus guna utk ape-ape kegunaan. 


Kat bawah ni ambe sertakan resepi Kak Ros nak buat cili kisar ni, then ambe letak jugak cara nak buat sambal sotong ni in case ade sesape berminat nak try n utk rujukan sendiri d hari muka..




Cili Kisar Tumis Segera


Bahan-bahannya:


20 tangkai cili kering
1 biji bawang besar- dihiris kasar
5 ulas bawang putih- dihiris kasar
2 inci belacan (x letak pun takpe)
secubit garam
1/2 sudu besar gula
Air masak secukupnya
1 sudu besar minyak masak.


Cara-caranya:


1. Gunting atau potong cili kering beberapa bahagian dan rebus sebentar, sehingga mendidih, setelah siap direbus angkat dan toskan.


2. Letakkan cili kering yang siap direbus tadi, ke dalam pengisar dan masukkan air masak, jangan gunakan air yang belum dimasak ataupun air paip, kalau guna air yang belum di masak, cili kisar tumis ini akan cepat rosak atau basi, paras air tu agak-agak lah ye, jangan letak banyak sgt, kiranya 3/4 dari kuantiti cili kering tu.


3. Kemudian masukkan bawang besar, bawang putih, belacan, minyak masak, gula dan garam, kisar hingga hancur. akhir sekali curahkan dalam bekas dan jika cili masih suam, sejukkan, biarkan sebentar pada suhu bilik, akhir sekali tutup kemas, dan simpan di dalam peti ais.


4. Cara menggunakan cili kisar tumis segera, jika ingin membuat sambal, ambil dua atau tiga sudu cili kisar dan tumis hingga naik bau, kemudian masukkan sotong, udang atau ape jua bahan yang anda ingin jadikan sambal dan masak seperti biasa,  senang, mudah dan menjimatkan masa



Sambal Sotong


Bahan-bahan:


300 gm sotong keping - potong kepingan kecil dan rebus sekejap
3 sb cili kisar tumis segera
2 sb sos cili
1 sb sos lada hitam
1 cawan air
2 sb air asam jawa
1/2 garam
1 biji bawang besar - potong bulat


Cara-cara:



  1. Tumis cili kisar hingga naik bau, kemudian masukkan sos cili dan sos lada hitam. Kacau hingga terbit minyak. 
  2. Masukkan air dan air asam jawa. Kacau hingga sebati dan masukkan sotong keping tadi. 
  3. Perasakan dengan garam dan biarkan sotong mendidih sekejap sebelum masukkan bawang besar. 
  4. Kacau sekejap hingga masak dan bolehla dihidangkan.






5 comments:

Nur Ede said...

Salam mimiey...
Adusss mimiey... sambal sotong ngan akak mmg x boleh di pisahkan... hari2 makan pon x per... anak2 akak panggil sotong plastik... mmg sedap nyumm..nyumm..

izahdaut said...

mie..aakak tak tau la napa..tapi memang tak reti makan sotong ni.. bila ngunyah sootng ni akak kata, ishhh mcm ngunyah tayar getahh jee.hihihi... terus tk jdi telan.tpi hubby akak sukee

qilarazak said...

errr. kecur air liur tgkk.. sedap nyaaaaaaaaaaa...

Mas said...

mimiey...ada izah kata mcm kunyah tayar getahhh.....puk dahi izah...
sedapp tau sotong rendamm ni.....k.mas pun suka wat sambal...memang kena makan ngan nasi lemakkkk

Mimiey.. (^-^) said...

kak ede...
akak mcm ayah n adik mie, hari2 mkn smbl sotong pn xpe...hantu sotong btl 2 orang tu...hehheehehhe

kak izah...
la,yeke... try kak izah celur dulu bagi lama sikit, nnt bila dh agak lembut baru masak. tayar getah????hahahhahaha.... nnt try tau..cedap...

qilarazak...
hehhehhe...jgn lupa try ye..

kak mas...
kak izah,lariiiii....kak mas nak puk dahi kak izah. kat umah ni kak mas, smbl sotong ni makan dgn nasi putih pn dh cepat licin, makan dgn nasi lemak lagiila..berdesup aje ilang...