Sunday, November 7, 2010

Nasi Beriani


Hari ni buat nasi beriani setelah lama tertangguh.. Bila dah beli rempah beriani, hajat nak guna buat nasi beriani tu mesti melencong jadi menu lauk  yg guna rempah ni. Inipun ambe skip beberapa bahan sebab xde dlm stok tapi rase die still mabeles. Ini hasil skodeng ambe umah Abg Mat Gebu tapi abg Mat punya letak jus oren. Ambe punya xletak sebab my mum nk yang xguna jus oren. Xpela, lenkali nanti ambe nak buat yg letak jus oren lak...Nasi ni dipadankan dengan ayam masak merah bawah sinun ye...


Sumber asal: Kak Hana
Yg dah Try: Kak Mas


BAHAN:
4 cawan beras basmathi, rendam 25 minit dan toskan
1 1/2 cawan susu cair
4 1/2 cawan air
1 biji bawang besar, didadu
3 biji bawang merah*
2 ulas bawang putih*
1 inci halia*(*dikisar halus)
2 camca besar rempah beriani + sedikit air, bancuh jadikan pes
1 1/2 camca besar bes oren sunquick
1 kiub ayam "Maggi"
1 ketul kecil gula batu
Rempah tumis (1 kayu manis, 1 bunga lawang, 3 buah pelaga, 5 bunga cengkih)
Garam secukup rasa
Daun pudina, daun pandan dan daun ketumbar (yang ni agak2 jee)
2 camca besar minyak sapi
Beberapa titik pewarna makanan kuning
Hirisan daun bawang/daun sup, untuk hiasan
Bawang goreng, untuk hiasan
Gajus, kismis dan kacang pes, untuk hiasan


CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Dalam kuali, cairkan minyak sapi, masukkan rempah tumis dan bawang besar dan tumis hingga harum. 
  2. Tuang bahan2 kisar dan juga rempah beriani tadi. Kacau rata.
  3.  Masukkan beras dan goreng hingga rata dengan rempah. Alih beras tadi ke dalam rice cooker. Masukkan air, susu cair, kiub ayam dan daun pandan. Kacau rata dan tambah garam seckup rasa, masukkan juga gula batu. Masak seperti biasa.
  4.  Bila nasi kering, masukkan daun pudina, daun ketumbar, gajus, kismis, dan kacang pis. Buat beberapa lubang dan masukkan pewarna kuning (bancuh dengan sedikit air). Biar nasi tanak betul2 dan gemburkan dengan chopstick. 
  5. Boleh hidangkan dengan menabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng...Selamat mencuba!!

2 comments:

Mas said...

mimiey, k.mas dah plan nk buat lagi nasi beriani ni..letak jus oren lagi sedapp tau...he..he..

Mimiey.. (^-^) said...

kak mas...
hehhehehe...mak xnak letak kali ni,suh buat plain je...xpe,lenkali nk try buat yg letak jus oren lak...