Wednesday, November 24, 2010

daging Grill Pedas @ Nue Nam Tok


Ni n3 semalam ye.. ingat nak tayang semalam tapi semalam seisi umah ni diserang demam, selsema dan batuk sampai sume orang xlarat nak bangun. Sume dok berbungkus dalam selimut dan hasilnya, hari ni 3 daripada 5 penghuni umah ni masuk bilik doktor. Sekarang musim demam agaknya sebab sana sini ade je ambe dengar yang demam, selsema dan batuk. Xpe, jangan susah hati... Ini ujian dari Allah nak menghapuskan dosa-dosa kecil kita..

Ok, sekian yang tu. Ni masuk bab daging pulak... Ini sebenarnya n3 pertama pasal daging kat umah ni sejak si hitam tu dikorbankan minggu lepas. Bukan xnak tayang hasil masakan daging tu, tapi kitorang just goreng je daging tu macam biasa. Itu yang xtertayang kat sini. Tapi sebab semalam ambe buat lain sikit dari goreng, so kuarla muka daging ni kat sini. Ni pun lepas pakai mekap bagai. Ni ambe amek umah Kak Ija sebab berkenan tengok dagingnya itu. Walaupun banyak bahan xde, tapi rasenya still mabeles. daging ni nak ratah je pun sedap, nak buat macam yang ambe buat kat bawah ni pun boleh jugak.. Ikut suka la..Makan dengan nasi lagiiiiiiiiiila sedap!!!


Konon-konon xnak makan nasi bila buat camni, tapi last2 ku baham jugak nasi. Yang dalam gambo tu, ambe lawankan dengan potato wedges dengan salad simple. Maunya xsimple, ambe hiris halus kobis dan carrrot, lepas tu gaulkan dengan sos thousand island. Korang layan je la gambo tu ye, sume dah licin kitorang baham semalam... 

Daging Gril Pedas
  • 250gm daging batang pinang
  • 1 sudu besar kicap
  • 1/2 sudu teh gula
  • 1/2 sudu teh garam
  • 1/2 sudu teh serbuk lada hitam yg ditumbuk

Cara2

Gaulkan semua bahan dan perap selama 30 minit.
Kemudian gril dlm oven atau frying pan hingga masak.
Hiris daging nipis2 dan ketepikan.

Bahan2 Lain
  • 5 ulas bawang merah ~ dihiris halus
  • daun pasli/daun saderi ~ dihiris
  • daun bawang ~ dihiris
  • 1/2 cawan daun pudina ~ dicarik - ambe xletak
  • 2 sudu besar gula
  • 2 sudu besar sos ikan - ambe xletak
  • 2 1/2 sudu besar air limau nipis
  • cili padi (ikut kepedasan) ~ diketuk dan dihiris # resipi asal letak serbuk cili kasar>>yg ni kita letak
  • ambe tambah tomato n lada benggala bakar

8 comments:

Mas said...

mimiey....moga family mimiey cepat2 sembuh...
minum air masak banyak2 tau...
daging tu menyelerakan betul la....

Suara Kalbu said...

Pagi pagi ni memang dugaan betul kalau masuk rumah adik Mimiey ni

Ya Allah Ya Tuhanku, kau kuat kan iman dan mataku dari ujian maha berat ini.

Hihihihii.. Mimiey.. awak ni kan.. memanglah. Bagi alamat umah skrg, akak nak pegi makan umah Mimiey kahkahakah

Mimiey.. (^-^) said...

kak mas...
tq kak mas... ni mmg sume dok berbungkus dlm selimut je la pagi ni. nak masak pn xlarat...
daging tu mmg sedapla kak mas,mmg xpuas makan..

kak ida..
hehhehehe...kak ida dh tergoda..goda lagi sama dia..alamat???skang xleh bagi lagi...sume org tgh demam. kang kak ida dtg kang, dgn kak ida skali terjangkit dmm...

HomeKreation said...

Waduh, mengancam betul daging yg mimiey buat ni....!

NADYA ANWAR said...

salam ziarah.. buat kunjungan balas.. thanx msk blog kt.. best la blog ni .. sedapnyerrrrrrrr tgk daging tu.. nanti nak try wat la..

ayin masliza said...

aduhaiiiiii mimieyy..... nasib baik tak puaser hari ni... kami jiwa bergetar lah tengok makanan ni sumer.... best!

Mimiey.. (^-^) said...

along...
hehehhehe...goda along!! cepat2 long g buat daging ni... confem asyk dok ngadap menda nih jek...

nadya anwar...
thanks jgk singgah sini...nnt try buat, give feedback ye...

ayin masliza...
hhehehheeh...kalau pose, mau menggoda jiwa nih,hehehehhe....

rizaros said...

semoga smuanya selamat :) sdapnyer makanan tu.. meliurkan.. hehhee.. dah follow, nnt folllow balik yer.. best nyer ramai follower.. hehhehe