Wednesday, November 3, 2010

Ikan Bawal Bersambal


Ini lauk lunch kami di samping ikan singgang. Tapi ikan singgang lupa lak nak snap gambonye.. Xpela,lenkali nanti ambe buat n3 pasal ikan singgang lak.. Ni hasil skodeng umah kak Izah tapi kuderhakakan sikit resepi nye pasal ikan pari tarak.. Cam biase,bawal yang menjadi pujaan hati kami sekeluarga.. kak Izah guna aluminium foil tapi ambe guna daun kunyit,lagi wangiiii.... layannnnnn....


3 potong ikan pari - Bersihkan pari dan lumurkan sedikit garam dan kunyit. Ketepikan.


Bahan Tumis:

2 batang serai
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
15 tangkai cili kering
belacan sebesar ibu jari
gula.garam
air asam jawa

Blendkan semua bahan di atas kecuali serai. Serai di racik kasar. Tumiskan semua bahan sehingga garing selama 30-40 minit. Perasakan dengan garam, gula dan air asam jawa.

Bahan sayur:

5-6 batang bendi-potong slice
1 biji tomato-potong slice
2 biji limau kasturi
5-6 helai daun limau purut- racik

Cara: 

Sediakan aluminuim foil, alaskan dengan daun kunyit atau daun pisang. Saya tak alas sebab tak de daun, hanya guna aluminuim foil je. Taburkan sedikit daun limau purut ke atas foil, kemudian letakkan sebahagian sambal. Kemudian susun ikan pari di atas sambal. Tuang pula kesemua sebahagian sambal tadi ke atas ikan pari tadi. Taburkan dengan lebihan daun limau purut dan taburkan semua sayur yang dipotong.  Bakar pada suhu 200 C selama 40 minit. Angkat dan perahkan limau kasturi. Siap dihidang.





3 comments:

efa said...

sedapnya..huhu...tetiba lapor walau td baru mkan miahahha...sedapnya...rajin yea buat :)

Mas said...

mimiey, k.mas suka ikan bawal ...sedapnya, anto sini 2 ketoi...mimiey tak leh makan byk2...

Mimiey.. (^-^) said...

efa...
hehhehehe...lapo??? meh brekfest same...

kak mas...
hehheheheheh...kita sama selera ye..mie anto seketui je lah ye,bagi sama rata...