Saturday, November 6, 2010

Roti Kacang Panggang Berkeju

Ada banyak rasa xpuas hati bila tengok gambo kt bawah ni. Xtau nape, tapi sume gambo snap tadi sume cam blur je... Xterang sangatla,kaburla... akhirnya terpaksa berpuas hati dengan yang ni,sebab ni yg paling ok dari yg lain. yang penting ambe nak gtau, roti kacang panggang ni memang sedap. Sangat sedap!!! Dah lama sebenarnya nak buat tapi asyik tertangguh je.. Nasib baik resepi xberkulat. Kalau x,dah lama agaknye naik kulat ibarat cendawan tumbuh lepas ujan..


Ni ambe amek umah Kak Dayang. Korang layan je la ye... Ambe nak g makan sejenis desserts yg sangatttttt ambe suka... Kalau boleh,hari-hari nak makan. Hujan, panas, ribut, mendung xkira masa...desserts ni on je kat tekakku ini... Nak tau ape????? Next n3 ye,hehhehehhehe.... Sementara tu, korang layanla dulu breakfast kitoramg ni...layannnnnn.....


Bahan-bahan :
  • 6 keping roti sandwic
  • 2 biji telur
  • keju parut secukupnya
  • mentega secukupnya
  • 1 tin besar kacang panggang
  • sedikit daun oregano kering
  • 200 ml susu segar @ susu cair @ 200 ml air suam + 3 sb susu tepung
  • sedikit garam
  • sedikit serbuk lada sulah
Cara-cara :
  1. Satukan susu, telur, garam dan lada sulah di dlm satu bekas. Sebatikan.
  2. Sapukan roti dgn mentega.
  3. Susun selapis  roti di dlm mangkuk kaserol dgn bahagian bermentega di atas. Siramkan sedikit adunan susu di atas roti.
  4. Taburkan sedikit keju di atasnya.
  5. Kemudian, tuangkan 1/2 tin kacang panggang dan ratakan.
  6. Susunkan lagi 2 keping roti. Ulangi proses sehingga disudahi dgn lapisan roti.
  7. Tuangkan adunan susu selebihnya ke atas permukaan roti tadi. Taburkan keju dan oregano.
  8. Bakar selama 30-40 minit pd suhu 180C.
  9. Hidangkan setelah masak.


3 comments:

Eliza said...

Miey, 6 keping roti cukup kerr tu??amboi cik beans posing buat org kecur nengok eh..

Chik Mimi said...

miey yg memeleh tu beh tahan ler

Mimiey.. (^-^) said...

kak eliza..
hheheheh...mie doublekan adunan sbb sume ada kt umah ni...biasela cik beans tu,die giler glamer sikit...

chik mimi..
yg meleleh tu yg kitorang dok berebut dulu chik mi. yg lain mkn kemudian,hehheheh....