Sunday, November 14, 2010

Bawal Masak Laprik


Macam biasa, bila tiba bab nak masak ikan, ambe akan masak guna ikan bawal sebab kat umah ni, selain ikan kembung dan ikan tongkol, ikan bawal la yang akan mendominasi ruang esbok tu.. Hari ni masak laprik sebab pernah tengok umah Kak Ummi hari tu. Memang dah siap save sebab dah niat nak try buat. Bahan-bahan pun senang.. Tapi asyik dok tertangguh je... Hari ni akhirnya jadi jugak sebab semalam g my mum n my dad g Tesco, ikan bawal yg fresh2 dok terdampar kat katil ais dia. Pe lagi, rembatla berekor-ekor. 


So, itu yang hari ni ambe buatla masak laprik ni. Rasanya sikit masam sebab ambe lebihkan jus limau kasturi,hehhehehe... tapi tetap mantain sedap!!! Nak nak pulak makan dengan nasi panas dengan kobis goreng simple.. Terangkat...


 Sumber asal: Kak Anis Diary


Bahan-bahan:-

  • 2 ekor ikan tilapia ( dilumur dengan garam kunyit dan digoreng garing ikut suka ) -ambe guna ikan bawal
  • 2 sudu besar cili kering dikisar
  • 5 biji cili api hijau ( kalau hendak pedas banyak pun boleh )*
  • 5 biji bawang putih *
  • 3 biji limau kasturi saiz besar diambil jusnya
  • 3 biji bawang merah dijadikan bawang goreng
  • setangkai daun bawang dihiris
  • setangkai daun sup dihiris
  • garam dan gula secukup rasa
  • sedikit air
Cara-cara:
  1. Tumbuk lumat bahan bertanda *.
  2. Tumis cili kering yang dikisar hingga terbit minyak diikuti bahan yang ditumbuk. Gaul mesra.
  3. Masukkan jus limau kasturi diikuti sedikit air untuk dijadikan kuah kalau suka tetapi saya lupa hendak memasukkan semasa masak jadi hasil masakan saya agak garing.
  4. Masukkan gula dan garam secukup rasa.
  5. Masukkan pula hirisan daun bawang, daun sup dan bawang goreng.
  6. Akhir sekali masukkan ikan tilapia yang telah digoreng tadi. Lumurkan dengan bahan tumisan dan biarkan di atas api seketika.

3 comments:

ijayuji said...

Salam mie! akak bwk sekawah kuah soto jerrrr yg laen2 kena sediakan sendirik ya hihihi... wahhhhhh... kasi akak kepala ya ikan tu nak2 bhgn pipi dia yg sedappp tuuu daging sikit tppp kesedapan dia uhhhhh..... ehehehe

Mas said...

mimmiey,,,ekor bawal tu k.mas nak...dah copp dah..he..he..

Mimiey.. (^-^) said...

kak ija...
jadila kuah soto je pn drpd xde...jgn tolak rezki org kate,hehhehhe.... cantik2, kak ija amek kepala, kak mas amik ekor...dh cukup dh tu sekor kerat 2,hahhahahaha....

kak mas...
senang keje camni, xmembazir org kata... kak ija nak tang pale, kak mas nak tang ekor... mie bantai 2 2 ,hehhhehe....