Tuesday, November 2, 2010

Ayam Goreng Herba


Ni lunch semalam ye.. xyah mintak-mintak,dah pinish... buat ayam ni semalam sebab nak digandingkan dengan sup sayur. Simple je masak semalam sebab asyik dok berlingkar dalam gebor je,sejuk weii... Ujan xberhenti semalam. Menjelang petang je hujan berhenti, tu pun sejuknye MasyaAllah, sejuk sampai ke tulang hitam..  Dari semalam lagi nk try upload tapi cam biasa, kura-kura pun laju.


Ni hasil cilok umah Kak Mas ye. Dah ramai sebenarnye yg try ayam yg digoreng camni dan hasilnye memang xmengecewakan...


Yg Dah Try   : Kak Hana, Kak Nor
Sumber asal : Kak Suzi


Bahan-bahan :
  • 1 ekor ayam - dipotong kecil
  • sedikit serbuk kunyit dan garam
Bahan tumis:
  • 3 ulas bawang merah india*
  • 2 ulas bawang putih*
  • 1 batang serai* - hana tambah lagi
  • 2 sm halia* - hana tambah kunyit hidop
  • 1 sudu teh jintan manis* (bahan *----> dikisar)
  • 1 sudu serbuk kari - takde dalam resepi asal.
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Minyak masak secukupnya.
Cara-cara :
  1. Gaul ayam dan sedikit kunyit dan garam.dalam resepi asal tak gaul ayam dengan garam dan kunyit. Kunyit hidup dikisar dan letak semasa menumis).
  2. Panaskan minyak dan goreng ayam hingga separa masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Panaskan sedikit minyak dan tumis bahan tumis@kisar hingga naik baunya.
  4. Kemudian masukkan ayam dan biarkan hingga sebati. - Hana goreng hingga agak garing.
  5. Perasakan dengan garam dan gula.
  6. Angkat dan hidang.

7 comments:

nuanza said...

terbau2 keharuman ayam ni

K.Nor said...

wahhh berherba ya.. nk kasi panaskan badan ek.. meh kita senam2 biar keluar peluh dr duk dlm selimut jer :)

Mimiey.. (^-^) said...

kak nuanza...
hehehhehe.... dh terbau2 kena g godek2la tu. ayam tengah panggil2 tu nk masuk kuali..

kak nor..
hahahhahah,biase la tu kak nor,kasi hangat sikit badan ni. asyk dok menggigil je dr semalam..meh kita senam main lompat tali nak,besh tu...

Mas said...

mimiey, dah try, sedappkan....itu yang k.mas pun berulang2 buat...

zurazari said...

balik ni nak try ar...
nampak macam senang jer bahan2 dier...
thanks bg resepi:p

Mimiey.. (^-^) said...

kak mas..
a'a kak mas,mmg sedap. adik siap pesan suh buat lagi n lagi...

kak zurazari...
nnt try la akak,sedap...

Matika Love 131020 said...

sdap nya kau ayam..................