Tuesday, November 2, 2010

Sup Ayam Hadnyai


Time hujan-hujan camni, memang sedap kalau dapat makan sup panas-panas. letak pulak sambal kicap kasi kawww,huh.. memang menitikla peluh. Ni hasil skodeng umah Kak Ija bangkok tu. Xleh nak bebel panjang, ade kerje menantiku sekarang... Ramai yg dah try sup ayam ni dan terbukti...sedap!!


Yg Dah Try : Kak Nor, Kak Ummi, Abg Mat, Kak Izah
Sumber asal : Pyhonda MyR

Bahan-bahan

  • 800 g ayam, dipotong sederhana besar
  • 5 batang serai, dititik
  • 7 cm lengkuas, diketuk
  • 2 batang saleri, dikerat2
  • 2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
  • 5 - 6 cawan air (atau secukupnya)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • 2 kuntum bunga lawang#
  • 5 biji buah pelaga#
  • 3 kuntum bunga cengkih#
  • 1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
  • 5 biji bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 3-4 biji cili padi*
  • 4 cm halia*
  • 1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*
  • 2 camca besar ketumbar*
  • 1 camca teh jintan kasar*
  • 1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
  • Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
  • Bawang goreng, untuk hiasan

Cara-cara

  1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.
  2. Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 - 2 minit lagi.
  3. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja. Jika suka boleh perahkan limau nipis.

5 comments:

Mas said...

memang best kena sup hadyai ni hujan2...mimiey, lepas ni try ngan daging @ tulang lak...sedapp tau..k.mas dah try dah...

nabilah_2908 said...

uish...bnyk nya bahan2 tuk sup nih...sure pedas kan...lada hitam...cili padi lagi...huhu..

p/s: thnks sudi singgah APA KATA HATI...senang2 singgah la lagi yupp.. ;)

jom ke APA KATA HATI pulak ;
ALLAH SENTIASA BERSAMA KAMU

Mimiey.. (^-^) said...

kak mas..
tau xpe,sume org dlm umah ni suka.. 2la,mmg ingt lps ni nk try dgn dgg pulak...

nabilah...
xdela byk sgt pun. nmpk je remeh, tapi bahn2 die simple je.. n xrasa pedas sgt pn. kalau xsuka pedas, lada itam n cili padi dikecualikan....

Suara Kalbu said...

Ya Allah sedapnya sup ayam ni.. nok ghetek

Mimiey.. (^-^) said...

kak ida...
alohla,habis dhla kak ida...