Sunday, November 7, 2010

Ayam Masak Merah Kak Watie



Tengah hari ni masak ayam masak merah versi Kak watie punya. Digandingkan dengan nasi beriani.. Ingat nak buat ayam beriani tapi takut muak lak sebab nasi dah diberianikan, lagipun baru je buat ayam bsitik guna rempah beriani, so lari sikit dari beriani tok ayam tu.. Umah ni ayam masak merah memang kegemaran sume orang, lagipun confem licin sapu bersih... layannn ye...


Bahan-bahan ( 4 orang atau lebih )
  • 4-8 ketul ayam
  • sedikit serbuk kunyit
  • 2 labu bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 12 biji cili kering yang di rendam / rebus dlm air panas
  • 1/2 inci halia
  • 2 batang serai yang dititik
  • garam secukup rasa
  • gula secukup rasa (lbh krg 1 sudu besar)
  • 1 sudu besar sos tiram
  • minyak untuk menggoreng

Cara-cara

  1. Ayam digaul dengan garam dan serbuk kunyit dan digoreng terlebih dahulu. Sebaiknya tidak terlalu garing.
  2. Blend cili kering, bawang besar, bawang putih, halia dan beberapa hirisan serai yang dititik(untuk bau & rasa).
  3. Bahan yg di blend di tumis dalam sedikit minyak hingga agak garing sambil dikacau....masukkan gula dan sos tiram.
  4. Kemudian masukkan ayam yg telah digoreng tadi.
  5. Tambah garam / air jika perlu...dan mengikut kepekatan yang anda suka. Selamat menjamu selera.
  6. NOTA: Kalau nak lebih pedas garnishlah dengan hirisan cili merah/cili api dan taburan bawang goreng serta hirisan daun bawang / daun sup.

3 comments:

Chik Mimi said...

Ding Dong3x tuan umah oooo tuan umah miey tido ke akak bawak ayam masak ros ni hehehehe sama je kan nama je lenlain

Mimiey.. (^-^) said...

chik mimi..
la,chik mi dh dtg ke??mie dok berselimut dlm gebor ni,naikla... syok selimut lepas makan nasi beriani tadi,hehehehe....

Puteri Iqa Izyan said...

bestnye..lapar neh..
huhu