Wednesday, January 5, 2011

Ayam Kicap Berempah Harum

Menu lunch setelah diguda keharumannya oleh Kak Izah ngan Kak Mas.. Huih,wangi tau bau ayam ni bila tengah dimasak tu..nak2 mase letak  hirisan daun sup..semerbak je bau dia..tapi memang sedap ayam ni. Lenkali boleh buat lagi sebab ada permintaan suh buat lagi. Resepi asal diideakan oleh Kak Dayang..xleh nak celoteh panjang, ada keje sedang menantiku...korang layan dulu ek ayam ni..amekla sorang seketul...



Bahan-bahan :
  • 1/2 ekor ayam (dipotong dan digoreng 1/2 masak)
  • 1 sudu besar kicap pekat
  • 2 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu besar sos tomato
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos lada hitam - optional 
  • 1 sudu makan cili giling 
  • 1 sudu kecil lada hitam (ditumbuk halus)
  • 1 sudu kecil serbuk jintan putih
  • Rempah tumis (bunga lawang, cengkih, kayu manis, pelaga)
  • hirisan daun sup secukupnya 
  • 1 cawan air - ambe tambah
  • sedikit garam
Bahan kisar :
  • 1 labu bawang besar
  • 3 biji bawang merah
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 batang serai
  • 1 inci halia
  • 1/2 inci lengkuas

Cara-cara :
  1. Sediakan minyak secukupnya di dalam kuali. Tumis rempah dan bahan-bahan kisar hingga terbit bau. Kemudian masukkan pula cili giling dan tumis lagi hingga pecah minyak.
  2. Masukkan kicap pekat, sos tiram dan sos tomato. Barulah dimasukkan ayam yg digoreng 1/2 masak tadi. Jangan lupa tambahkan air secukupnya. Kacau hingga mendidih. 
  3. Masukkan lada hitam, serbuk jintan putih, sos lada hitam, kicap manis, garam dan daun sup. Kacau lagi hingga ayam masak sempurna. (boleh tambah kicap, air mengikut citarasa sendiri)
  4. Hidangkan panas-panas setelah masak. 

10 comments:

Nieza said...

wah sedapnya berbau harum mewangi dah ayam tu...tu yg dtng singgah ni ..hehe

Mas said...

haaa..sedapp kan mimiey ayam ni...anak2 k.mas pun suka....

suri solehah said...

salam..

harumnya miey..lapar ni... tak masak lagi male ni nih..

Ayu Safieza said...

miey...pergh, menu ni...emang kak ayu tabik la.......peberet my son ni.....

Ida Ddapur said...

haa...sempat jugak akak mari sini...nak mintak ayam seketui la mimiey...sedapp nmpknyer

izahdaut said...

mie..akak pun suke..memang rekemen la untuk kanak2 ribina,.mesti suka kan

Deliah's Deli said...

salam mie...nasi panas ade? nak spinggan..:))

Penjejak Mimpi said...

Salam ziarah..

Baru bace komen Mimiey. Pe pon saye da tag untuk satu GA. Sile ke http://penjejak-mimpi.blogspot.com/2011/01/nadya-buble-giveaway.html

Salam kenal dari cik PM

kak ina kl (1) said...

ayam masak apa pun sedap. kesukaan anak-anak.

ARC™ said...

hmmm nampak sedap