Powered By Blogger

Thursday, January 20, 2011

Kerabu Tomato DTS..

Kerabu tomato yang agak pucat warnanye sebab xde daun hijau yang boleh dimasukkan sekali.. ingat nak letak daun kesum sebab Abang mat letak, tapi oleh kerana daun kesum hidup segan mati xnak baru nak hidup balik, so ku batalkan niat murni iteww..Dalam proses nak menyah lemak menjaga kesihatan, kerabu tomato ni memangla sangat sesuai di samping menjaga kemulusan kulitku..hehehheh...hasil skodeng umah Abang mat, telah ku panjangkan di sini pada sesiapa yang nak menerai..

Bahan-bahan:
  • 3 biji tomato - ambe guna 6 biji
  • 100 g ikan bilis yang telah dibersihkan
  • 3 biji limau kasturi, ambik jusnya
  • 1 camca besar gula
  • 50 g daun pudina(mat guna daun kesom), hiris kasar - ambe guna 2 btg serai
  • 1/4 biji nenas - ambe tambah
  • Garam secukup rasa
  • 1 biji bawang besar*
  • 2 biji bawang merah*
  • 3 biji cili merah (mat guna 5 biji cili padi)*
  • 5 biji cili padi hijau*(*dihiris)

Cara-cara:
  1. Tomato dihiris kasar, ikan bilis dicuci, toskan dan goreng garing, angkat dan toskan. Dalam satu bekas, satukan tomato, bahan hiris, daun pudina (daun kesom) gula dan jus limau kasturi, gaul rata. Tambah garam secukup rasa. Taburkan ikan bilis sebelum dihidangkan bersama nasi putih sebagai pembuka selera.