Powered By Blogger

Thursday, January 27, 2011

Bun Inti Kacang Merah

 Terasa sungguh amaturnya diri ini bila melihat bentuk dan kejadian rotiku ini... kalau nak dihitung, rasenya ni percubaan yang ke...3??? 4??? 5????...ambe cuba meroti. Walaupun hasil dan bentuknya kurang membanggakan, tapi bolehla diterima...maklumla budak baru belajar, amek galah jolokla sendirik,pemalas..tolong tunjukkan..ye x..kalau dilihat pada gambo memang nampak agak menggeseng kejadiannya tapi..memang geseng pun.. ingat nak bagi garing skit je,last2 terlebih sudah...hhehehehhe....sajela masukkan gambo nih,kenangan d masa depan... nanti dh up skit bentuknye, bolehla ku tengok balik bentuk rotiku yang hazab ini..

Ini sebenarnya dough asas roti manis dari umah Kak Ros.. tapi sebab ambe nak makan roti yang ada inti kacang merah, maka ambe kurangkan gula dlm sukatan dan letak inti kacang merah....sedap tau...nk2 makan masa panas2...layannn...eh jap,kak izah...mie dh tayang roti ni,mehla bekpas sama,hehehehhe...... 

Bahan-bahan:


  • 300gram tepung roti
  • 50gram tepung gandum
  • 2 sudu besar susu tepung@skim milk
  • 3 1/2 sudu besar gula + 1/2 sudu kecil garam - ambe kurangkan
  • 1 biji telur ( tinggalkan sedikit untuk gliss pada roti nanti)
  • 2 sudu besar butter@marjerin
  • 180ml susu suam@air suam
  • 2 sudu kecil yis
  • 1 sudu kecil bread improver@ boleh ganti dengan 2 sudu besar water roux

* untuk gliss*
baki telur+2 sudu besar susu segar@air +beberapa titik madu



*untuk topping*
sosej yang telah direbus
sedikit gula
mix vegetable dan mix cheese


Cara-caranya ( Doh Roti):

1. Buat doh roti, Kaedah 1, penggunaan Bread Maker (BM), masukkan semua bahan Doh dan ikut arahan menguli pada BM masing-masing dan tekan Start, tunggu sampai siap di uli dan boleh terus ke langkah no. 4 di bawah.

2. Kaedah 2, Jika uli tangan, masukkan semua bahan doh di dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan,  Tips untuk dapat doh yang lembut, ambil plastic bersih dah letakkkan doh di dalam plastic tu, ramas-ramas beberapa minit, lebih kurang 8 hingga 10 minit, keluarkan dan uli semula dalam bekas adunan, anda akan dapat doh yang lembut dan elastik.

3. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap atau kain bersih dan biar doh naik dua kali ganda. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin.

4. Bahagi doh pada 3  bahagian, biarkan seketika lebih kurang 7 atau 8 minit baru dibentukkan  mengikut bentuk yang digemari, ros bentukan anyaman tocang, bulat-bulatkan letak sosej serta tabur dengan mix vegetable, setelah dibentuk, biarkan naik dua kali ganda dan gliss permukaan bun, bakar pada suhu 180 darjah selama 18-20 minit atau sehingga permukaan bun perang.
5. Sejukkan atas redai, dan simpan di atas bekas bertutup bagi mengekalkan kelembutan nya. Selamat Mencuba.

Tips tambahan- sebelum roti dibentuk, bulat-bulatkan kecil kemudian rehatkan doh seketika selama 7 atau 8 minit dan tutup doh dengan kain bersih,  masa ni penting bagi mendapatkan bentuk bun yang elok teksturnya , dan juga bagi memastikan permukaan doh licin dan cantik apabila siap dibakar nanti.

6 comments:

Mas said...

mimiey, tak pe..boleh cuba lagi...kira dah pandai meroti dah tu....

izahdaut said...

haha..mie nasib ko dah tukar roti..idak le hazab sangt nk tengok eskrim tu..

wah gader2 kiter meroti ni..jom tuko jom...nak rasa roti dak mie ni..ikiki.. ala biasa la akak dulu kali ke-5 pun meroti siok sendri jugak.dah lma baru pandai sikit2..kena bnyk lagi mmbaca untuk mendptkan roti yg cantik..

Mimiey.. (^-^) said...

kak mas..
hehehhehe...tq kak mas...2la, mie akn terus berusaha smpai jadi lawa cam roti kak mas..

Mimiey.. (^-^) said...

kak izah..
hhahahah...hazab sbb tergoda la tuh...tau2...hahhahah....dari dok hazab,baik buat..sedap wooo!!!

2la,tapi malu + seganla nk tunjuk rotiku yg hazab iteww....kena blaja lagik nih...

Unknown said...

mi, bolehlah tu janji boleh dimakan...apa pun tahniah sebab rajin nk mencuba meroti....akak pun baru jer belajar2 buat roti tapi bknnya pandai sgt pun cik bm tu yg tolong buatkan...hehe

Mimiey.. (^-^) said...

kak nieza...
hehhehehe...boleh lagila tapi kena mkn panas2la..kalau sejuk manyak keras,hhehehehe....bestnye ade bm...