Powered By Blogger

Sunday, November 28, 2010

Kembali Bersiaran... Untuk seketika

Assalamualaikum.... Dah 4 hari ambe xbersiaran, xmerewang ke umah teman2, kakak2 blogger kerana keadaan kesihatan yang tidak mengizinkan. Macam yang ambe gtau pada n3 yang lalu, seisi umah ambe telah telah dijangkiti demam, selsema dan batuk yang teruk sampai ada antara kami kena mengadap doktor 2 kali dalam masa 5 hari.. Tambah menyeksakan bila ambe adik beradik tidak dapat menelan makanan kerana keadaan tongsil kami yang membengkak terlalu teruk hingga hampir menutupi saluran tekak. Kami adik-beradik memang sume ada sakit tongsil sejak kecil lagi. So bila demam, memang seksa sebab nak telan pape memang sakit..


Sekarang ni, Alhamdulillah sume dah beransur sihat kecuali abah ambe yang demamnya masih agak kuat berbanding kami semua. namun, sume orang dah kembali berselera mengadap makanan walaupun dalam kuantiti yang sedikit. Kalau x, memang xde selera langsung... Ok, kita tinggalkan yang itu. Kat bawah ni, ambe tayang n3 tertunggak hidangan kek d pagi raya haji yang lepas. Baru je boleh tayang kat sini...


Gambo pun snap ala kadar je sebab keadaan nak cepat masa tu. Resepi ni dari kak yatie tapi nanti ambe link kan kemudian sebab nak kena g kemas beg. Dan mulai esok hinggala habis hujung minggu ni ambe xkan bersiaran... bukan kerana merajuk ke apa... tapi ambe nak ke shah alam sebab nak menghadiri istiadat konvokesyen ambe hari khamis ni. So, bermula esok memang blog ni xdan ambe nak jenguk, sapu sawang bagai..


InsyaAllah kalau xde aral melintang ahad kita jumpa lagi. Pada kengkawan blogger yang sudi jenguk umah ambe ni sepanjang ambe xbersiaran selama 4 hari tu dan sambung lagi sampai ujung minggu ni, tq ye sudi singgah umahku yang usang ini... Akhir kata, salam sayang dari Alkisahku....(^-^)


UPDATE: BUTTERY ORANGE CAKE


Amek dari : Kak Jun
Yg. Dah Try: Kak Nor, Kak Ina KL


  • 250gm butter (dilembutkan)
  • 2 sudu besar parutan kulit oren-saya letak 1 sb je
  • 330gm gula castor~ saya guna 250 gm je
  • 4 biji telur
  • 225gm tepung naik sendiri
  • 75gm tepung gandum
  • 180ml orange juice
  • 1 sd kecil ovallete ~ ni k.nor tambah ..(saya pun tambah..)
Cara-cara
  1. Pukul butter, gula dan ovallete serta kulit oren sehingga kembang.
  2. Masukkan telur dan pukul lagi.
  3. Masukkan tepung diselang-selikan dengan orange juice. Pukul rata.
  4. Isi dalam loyang yg telah dialas kertas dan di gris. Bakar 1jam 10min...180C...
#Orange juice tu k.nor guna air bancuhan sunquick oren aje sebanyak 180ml spt kehendak resipi....(saya pun ikut mcm K.Nor..).
## utk hasilkan kek marble spt diatas, bahagi dua adunan dn campurkan 1 bahagian dng 1 sudu teh coklat emulco dn sedikit pewarna coklat.
### Lapiskan satu persatu adunan secara selang seli hingga habis baru la dibakar.

5 comments:

izahdaut said...

mie...semoga semuanya cepat sembuh dan tahniah... selamat berkonvokesyen..wahh dah lama hakak meninggalkan dunia yang penuh warna warni itu..miss my ggood old days.. tahniah mie!! gambo ngan bunge beso2 yeee

Yatie said...

Salam mimiey,
Semoga cepat sembuh...akak pun baru je baik dari sakit tekak...aritu nak telan air liur pun sakit sangat...Tahniah mimiey...jngn lupa ambek gambo konvo banyak2 ya...

pakDo said...

hahaha...naseb baek aku xdok dumoh, kalo dok gak sapo lagi hok paling kuat demam..sian molek~
btw, xdok ko recipe utk ore2 demam?

Eliza said...

Jgn upa makan ubat yer adikku sayang. Air masak tu kena minum kerap biarlah sampai nak ke toilet berkali2 pun...cekelat takleh makan bila kena tonsil.

noreed said...

semoga cepat sembuh ye :)