Monday, October 25, 2010

Nasi Minyak

Semalam dah kaler kuning, arini warna kuning lagi nasi ku. Mesti ada yang perasan, seminggu 2 ni nasi ambe banyak yang berperisa selain nasi putih. Saja je sebenanye nak try pelbagai jenis nasi, xdela stick dgn nasi putih je. Esok my mum dah cakap awal-awal dia nak makan nasi putih. Yes mum,hehheehhe...


Sebenarnya ni my mum yg request nak makan. Lepas masak nasi lobak merah semalam, my mum kata, nak x esok kita buat nasi minyak??? Ambe cakap, boleh je since ambe pun xpernah try masak nasi minyak ni. So, pagi tadi skodeng punya skodeng cari umah yang buat nasi minyak xguna susu cair sbb stok susu cair habis, jumpa la resepi nasi minyak kat umah Kak An yg xguna susu cair. Pe lagi, sesi salin menyalin pun bermula..



Bahan-bahan:

3 cawan beras Basmathi- basuh dan toskan
1 sudu besar minyak sapi
3 sudu besar minyak masak
1 labu bawang besar- hiris halus dan dadu kecil
2 ulas bawang putih dicincang
1 inci halia dihiris halus
1 batang kulit kayu manis, 2 kuntum bunga lawang, 3 kuntum bunga cengkih, 5 biji buah pelaga
5 cawan air rebusan ayam- *** sediakan dengan merebus beberapa ketul ayam - bahagian peha atau kepak dengan 6 cawan air- didihkan lebih kurang 10 minit.
2 sudu teh garam
2 helai daun pandan dicarik dan disimpul

sedikit pewarna merah, kuning dan hijau
kismis, bawang goreng dan gajus

Cara membuatnya:

1. Panaskan minyak sapi dan minyak masak di dalam periuk nasi di atas dapur. Tumis rempah ratus (4 serangkai) bawang besar, bawang putih dan halia hingga wangi.

2. Masukkan beras dan goreng 1 minit. Kacau sebati. Alihkan periuk ke dalam periuk elektrik. Masukkan air rebusan, garam dan daun pandan ke dalam periuk nasi. Masak nasi seperti biasa.

3. Apabila nasi masak , celupkan lidi sate ke dalam pewarna merah dan cucukkan ke beberapa tempat di dalam nasi. Ulang proses sama untuk warna hijau dan kuning. Jangan kacau nasi. Biar 5 minit. selepas 5 minit..Taburkan bawang goreng, gajus dan kismis. Kacau nasi agar warna
sekata bagi keseluruhan periuk.

6 comments:

Kamalia said...

cukup rajin tul la mimiey nih..mlm ni akak mkn sini..nmpk ns tu memanggil2 je suh mkn die..:)

Mimiey.. (^-^) said...

kak kamalia..
hehehhehe...biase2 je kak lia. boleh2,nnt nk dtg bwk kek ke,puding ke sbg pengerasnye ye,hehehhehe....

Mas said...

mimiey...penat k.mas berkejar datang, ingat nasi minyak mimiey....bila k.mas nak rasa nasi minyak mimiey ni..he..he..dah ada calom ke blumm...

Deliah's Deli said...

salam mimiey...nasi minyak??? ini tanda x lama lagi kompang plak berbunyi..hehehe :)))

♥♥azatiesayang ♥♥ said...

salam mimiey..k.atie dtg bwk pinggan nk mintak nasi minyak syikettt jer...

Mimiey.. (^-^) said...

kak mas..
hahhahaha..oleh krn kak mas dh berkejar dtg sini,mie jamu la kak mas dgn nasi minyak ni ye... soklan yg ke 2 biarla rahsia,ekekekkek...

kak del...
sesi terjah ni.. hahhaha,kompang mmg nk berbunyi xlama lg kak del,jiran blakang umah kawen,hahhaha...

kak atie..
boleh kak atie. cukup ke sikit,ke kak atie diet nih???