Wednesday, October 27, 2010

Bebola Roti Goreng


 Huh, sgt xlawa ini gambo!!!! Tapi ni je gambo yg paling jelas yg ambe amek. Dah xkuasa nak amek yg lain,korang layan jela gambo ni ye. Yang penting pelakon utamanya dh selamat masok perut pun~~ Buat pun separuh je. Dapatla banyak gak, anto umah spupu separuh,ambe telan separuh. Ni hasil dok jeling umah Kak LizaHanum lama dulu,dok dlm waiting list.. Hampir xteringat. Semalam nengok Kak Ummi buat, datang balik ingatan tu,hahahha... Cam biase, xgaring xbest ye... Hmmmm, togel betul cucur ni,xde nk hias bagai...



Bahan:-
  • 14 keping roti ( plain white bread)-POTONG menjadi kepingan kecil
  • 2 biji telur (saiz besar)
  • 3 batang cili merah (potong kecil2)
  • 1 biji bawang besar (dadu halus2)
  • sedikit daun sup/bawang (hiris)
  • 2 sudu teh serbuk lada putih
  • garam secukup rasa
  • perasa ikan bilis - ambe letak ikan bilis
  • 6 ekor udang sederhana ( di potong kecil2 ) - ambe xletak
  • minyak utk menumis

Cara penyediaan
  1. Masukkan roti ke dalam mangkuk yg besar. Kemudian masukkan telur, cili merah, bawang,perasa ikan bilis dan daun sup/bawang.
  2. Gaul rata-rata. Akhir sekali, masukkan garam dan lada putih serbuk.
  3. Gaul rata2 dan kepal2kan menjadi bebola. Buat bebola roti hingga habis.
  4. Gorenglah seperti anda menggoreng jemput-jemput biasa. Hidangkan bersama sos cili yg anda gemari.




9 comments:

Mas said...

mimiey...nak gak cokodok tu....

Mimiey.. (^-^) said...

kak mas..
kak mas ni,cepatnye sampai.. mcm tau2 je mie buat cucur

efa said...

fuh...mcm sedap ni...nk trai la...roti tu nk penyet2 kan ka?sb kalo potong kecil bleh ka jd bulat2 cmtu?

Mimiey.. (^-^) said...

efa..
cubala. senang, cepat dan sedap.. xpyh pun. bila kita dh gaul sebati semua bahan,ambik sikit adunan dan kepal-kepalkan supaya jadi bentuk bulat. slmt mencuba....

ijayuji said...

Salam mimiey, slaam kenal n salam balas kunjungan ;-), mekaseh dtg singgah akak add link mimiey sekali ya kasi meriah sikit umah akak :D

Mimiey.. (^-^) said...

kak ija..
tq kak ija..silakan...

~ayu.oyie.yuna~ said...

menarik ni..ble cuba ;)

Mimiey.. (^-^) said...

ayu...
silakan cuba...

SyafiQ Bleszynski said...

sedapnye...:)