Thursday, October 14, 2010

Sambal Simple

Sambal ni buat semalam sambil2 masak ikan 3 rasa tu. Saje je buat sebab nk try,bahan2 die pun simple je.. Sebab 2la kot ia diberi nama sambal Simple. Sambal ni kata kak CM leh buat sambal ikan bilis,makan dengan bihun goreng pun ok gak.. Ambe semalam buat cicah dengan bendi celur. Meh kita layan!!! Mintak ijin ye kak CM nk cnp kt sini...


Merah makngah tul sambal aku ni,hmmmmm...




Bahan-bahannya:
200 gm ikan bilis.
1 labu bawang besar.-potong bulat
15-20 ulas bawang merah.
sedikit belacan
10 tangkai cili kering.
1/2 keping asam gelugur.
Gula melaka secukupnya.
Garam secukup rasa.

Cara-caranya:



  • Cili kering dibuang biji dan di masak dengan air hingga lembut/kembang-toskan
  • Ikan bilis digoreng hingga garing-toskan.
  • Blend cili kering,bawang merah dan belacan hingga hancur.
  • Dengan menggunakan minyak goreng ikan bilis tadi tumis  bawang besar hingga layu baru masukkan  bahan-bahan kisar dan masak dengan api yang perlahan..Jika perlu masukkan sedikit air dan masak lagi hingga sambal betul-betul masak.Masukkan gula pasir,gula merah secukupnya.
  • Kemudian masukkan asam keping.Rasakan masin dan manisnya biar betul-betul seimbang.
  • Siap untuk dimakan bersama nasi lemak atau bihun goreng atau untuk tumisan nasi goreng.Selamat mencuba:)

No comments: