Powered By Blogger

Friday, October 1, 2010

Kuew Tiau Ladna



Ni menu lunch kitorang tadi. Pagi tadi dah bedal nasi berlauk sepinggan sorang..sepinggan je tau!! Korang xyah heranla,maklumla owg kelantan,memang dh biase belasah nasi pepagi hari..tambah2 owg Kelantan memang femesla dgn brekfes nasi berlauk. Xpela,tinggalkan dulu nasi berlauk tu,meh nak cite menu lunch ni. Oleh sebab sume ade kesedaran xnak menambah timbangan mesin tu, so kitorang mknla kuewtiau ni as our lunch. Kenyang gak!! Tambah pulak letak ayam, udang banyak2 ala nak kenduri gitu,sayur-mayur yg macam nk melimpah dari pinggan,memang kenyang gilerla. Resepi ni amek umah Kak Hana yg mana diaskodengnye umah Kak Ija..


Bahan-bahan
Bahan A


  • Sepeket Kue teow - mee hoon pun boleh.
  • 4sb Minyak masak
  • 1sb Kicap pekat @ manis
Bahan B
  • 1 cwn Dada Ayam/daging dpotong nipis
  • 3 sb Tepung ubi/jagung>>guna 1sb tuk perap dan 2sb untuk dcampurkan dgn air.
  • 1 sb Maggi seasoning
Bahan C
  • 1 sb Bawang putih yg dcincang
  • 1 sb Tauchu tak nak letak pun ok jugak
  • 3 cwn Stok ayam>>kita guna 1 kiub ayam knorr campur dgn air panas
  • 1 sb Sos ikan /nampla -xletak
  • 1 sb Sos Tiram
  • 1 sb gula atau lebih ikut selera
  • 1/2 sb lada putih
  • 1 ekor Sotong sederhana besar dpotong ikut suka
  • 5 Ekor Udang dbuang kulit
  • 1 pokok Kailan atau sawi dpotong
  • Lobak merah potong nipis
  • Fresh shitake optional
  • Baby Corn optional
  • 1 biji telur dkocok sedikit
  • Terpulang nak letak sayur apa pun

Cara-cara

Bahan A
Panaskan minyak dlm kuali, masukkan kue teow yg telah drendam dan d toskan, masukkan kicap pekat td gaul hingga warna kicap sekata, angkat dan ketepikan.
Bahan B
Gaulkan 1sb tepung jagung bersama daging td bersama 1sb seasoning maggi sampai sebati ketepikan. Biar terperap lebih kurang 10 min.
Bahan C
Panaskan minyak dlm kuali, tumis bawang putih hingga naik bau, selepas itu masukkan tauchu dan kacau lagi dan masukkan bahan B kacau sehingga daging masak, masukkan udang atau sotong dan kacau lagi, kemudian masukkan lobak merah, fresh shiitake, btg kailan dan baby corn kacau seketika dan masukkan stok ayam tunggu sehingga mendidih dan masukkan pula sos tiram, sos ikan selepas itu tunggu sehingga sayur lembut dan masukkan daun kailan pula perasakan mana yg kurang dan masukkan telur yg telah d kocok td, dan akhir sekali masukkan 2 sb lebihan tepung jagung yg telah dbancuh dgn air, kacau sehingga kuah pekat, matikan api. Masukkan kue teow yg telah dgoreng td kedalam pinggan dan curahkan kuah td ke atas kue teow yg telah dgoreng td.. sedia untuk dhidang, boleh dmakan bersama dgn lada jeruk atau powderkan dgn lada putih td, selamat mencuba! :-)

No comments: