Thursday, October 14, 2010

Laksa Kuala Perlis





Pagi tadi my mum dok mengemas dlm peti sejuk,jumpa la laksa ntah zaman bila dok elok berbungkus dlm plastik ujung peti.. Sebelum ni kehadirannya dah disedari tapi buat xtau je. Nak buang sayang,nak buat kuah macam malas.. So,terbiarla die dlm peti tu sampaila pagi tadi. Kebetulan ade seikat daun kesum dgn sebatang bunga kantan yg my mum beli semalam, memang nk kena kerjakan jugakla laksa yg tinggal secoit je ni..

Xdela smpai sekilo tapi bolehla semangkuk kecik sorang penduduk umah ni. Kebetulan masa jenjalan umah Kak  Aida 3 4 ari lepas,nampak die buat laksa kuala perlis. Bahan sume ada,so baikla buat dari laksa tu terus jadi arca batu dlm peti tu, daun kesom jadi makanan cik tong.. Xmo cite panjang,meh layan gambo dan cara nak memprosesnye.. Jemput makan sume...



Bahan-bahan ( 4 Org )

1 Kg laksa beras
1 Kg ikan kembung
15 tangkai cili kering (rendam dalam air panas) 
- aida letak cili serbuk ikut pedas10 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
 - aida tdk ltk 
1 batang serai di ketuk
1/2 inci lengkuas (ketuk)
Asam keping secukupnya
1 ketul gula 'Gherek' 
- aida tdk letakDaun kesum secukupnya
1 kuntum bunga kantan (belah 4)
Garam, Gula dan MSG secukup rasa
Air secukupnya
5 biji cili merah
Belacan sebesar ibu jari
Bahan Ulam
1 biji timun (potong lidi)
2 labu bawang besar (potong bulat nipis)
10 biji cili api (potong bulat nipis)
Daun selom secukupnya (racik halus)


Cara-cara



  1. Rebus ikan dengan gula 'Gherek', garam, asam keping dan lengkuas hingga masak.Sejukkan dan siat isi ikan.Asingkan isi dengan tulang.Kisarkan Kesemua isi ikan dengan menggunakan air rebusan ikan tadi dan masukkan dalam periuk.Kemudian kisarkan pula tulang ikan dan tapis ambil patinya ke dalam periuk berisi isi ikan tadi.
  2. Kisar pula cili kering, cili merah, bawang merah, bawang putih dan belacan hingga halus.masukkan dalam periuk tadi.Jerang ramuan-ramuan ini di atas api sederhana.Tambahkan air jika terlalu pekat.
  3. Ambil asam keping dan lengkuas yang digunakan untuk rebus ikan tadi dan masukkan ke dalam periuk yang berisi kuah ikan.Masukkan juga serai, bunga kantan dan daun kesum.Tambahkan garan, gula dan MSG secukup rasa.Masak hingga mendidih.
  4. CARA MENGHIDANG ---> Masukkan laksa beras ke dalam mangkuk.Letakkan segala ulam ulaman dan sendukkan kuah.Hidang ketika panas.


    2 comments:

    Mas said...

    kak mas nak laksa sepinggan mimiey...kuah letak lebih tau...sedapp ni..

    Mimiey.. (^-^) said...

    kak mas..
    hehhehehe...sepinggan kecik je la ye kak mas,klu nk yg besar punya jom g kuala perlis,ngeh3...