Saturday, October 9, 2010

Mihun Soto Madura




Kan ambe dah kata menu ni mesti ade ulangan. Hah,kan dah mengulang hari ni. Alkisahnye, pagi tadi kitorang dah brunch dgn makanan berat,nasi. So,kang klu lapo petang2 xkan nak lantak nasi lagi. So,selongkar almari makanan kering,nampak mihun kering tinggal lagi secoit je,mulala minda ku ni cari menu nk dijodohkan dengan mihun tu. Xyah piki lama2,buatla soto madura yg xcukup bahan. Ubi kentang xjenuh nak buat pegedil, kacang tanah pn tarak,so buatla dengan apa yg ada. Sodap gak!!! Cam biase,resepi ni cilok umah Kak Hana. leh tengok
n3 ni gak..

Bahan-bahan
Bahan rebus ayam



  • 1/2 ekor ayam size kecil - potong empat @ leh gune daging
  • 1 batang serai - titik
  • 1 batang daun saderi - potong dua
  • 1 inci halia - titik
  • 1 kiub pati ayam - xletak
  • 1 ikat sup bunjut
  • Air secukupnya
Bahan Kisar
  • 3 biji bawang merah
  • 2 ulas bawang putih
  • 4 biji buah keras - xletak
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci kunyit hidup
  • 1 sk lada putih
Sambal kicap
  • segenggam cili padi - leh cmpur ngan lada merah klu tk mo pedas sgt
  • 2 ulas bwg putih
  • kicap manis secukupnyer
  • gula putih - hana tambah gula merah skit

 Cara-cara
  • tumbuk cili, bwg putih n gula. dh lumat masukkan kicap dan gaul rata.
  • klu blend - jgn letak air byk. blend gune kicap tuh jer n skittt jer air.
  • ok dah! siap! :)
  • ada org letak limau...tp kita tk suka...:D.
  • Sambal nih tahan berbulan2 jika diletak lam peti ais.


Bahan Tumis
  • Rempah Tumis (kayu manis dan adik beradiknyer)
  • 1 sudu besar rempah sup @ (1sk serbuk jintan manis, jintan putih dan ketumbar)
  • Air rebusan ayam di atas
  • Garam
Bahan Sampingan
  • Mihun
  • Ayam siat
  • Taugeh
  • Telur rebus
  • Kentang rebus@goreng
  • Begedil
  • Daun sup@daun bawang
  • Bawang goreng
  • Suun goreng & kacang tanah
  • Limau nipis
Cara-cara
  • Rebus ayam dengan bahan2 di atas hingga ayam masak. Angkat dan toskan ayam dan juga air rebusan. Siat2kan isi ayam dan ketepikan.
  • Panaskan minyak, tumis rempah tumis hingga naik bau. Masukkan bahan kisar, rempah sup dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan air rebusan ayam tadi dan didihkan. Perasakan dengan garam secukup rasa.
  • Hidangkan dengan nasi impit dan bahan2 lain. 

4 comments:

Mas said...

mimiey...ada simpan kat k.mas sepinggan tak...lapar ni pepagi,,,

Mimiey.. (^-^) said...

kak mas..
ade kak mas,simpan khas tok kak mas punya..hehehheh

Deliah's Deli said...

salam mimi...simpankan kak del nyer tak? ngeee :)))

Mimiey.. (^-^) said...

kak del..
hehheh,mihun dh habisla kak del,mee kuning leh???hehheh...