Sunday, October 24, 2010

Ayam Bistik

Pagi tadi jenjalan umah Kak Ummi, g tengok bahangian ayam sebab nak amek idea nak masak ape dengan ayam hari ni since my mum dh kuarkan ayam dari esbok. Berkenanla dengan satu resepi ayam ni, Ayam Bistik.. Kak Ummi gandingkan ayam ni dengan nasi lobak merah, so ambe pun buatla nasi lobak merah. Nasi ni kat atas sinun ye,hehheh.... Resepi asal adalah dari umah Kak Dayang.. Papepun,memang sedap gandingan ayam bistik ni dengan nasi yg di atas sana, memang meletopppp!!!


Sumber asal : Kak Dayang
Yang Pernah Try : Kak Nor

Bahan-bahan :

  • 1 ekor ayam sederhana (dipotong dan digoreng biasa hingga 3/4 masak)
  • 2 batang serai (dititik)
  • 50 g rempah beriani + 2 sudu makan serbuk cili (dibancuh dgn air)
  • 100 g puri tomato
  • 2 biji tomato (dibelah 4)
  • sedikit hirisan daun pudina dan daun sup
  • rempah 4 sekawan (kayu manis, pelaga, cengkih, bunga lawang)
  • 1 sudu makan kicap pekat
  • 2-3 sudu makan kicap manis
  • 3 sudu makan sos cili
  • garam
  • kacang peas - jika suka
Bahan-bahan mesin :
  • 7 biji bawang merah
  • 2 labu bawang besar
  • 4 ulas bawang putih
  • 1 inci lengkuas
  • 1 inci halia
Cara-cara :
  1. Tumis rempah 4 sekawan, serai dan bahan-bahan mesin hingga terbit bau. Kemudian masukkan bancuhan rempah beriani. Kacau dan biarkan hingga pecah minyak.
  2. Masukkan puri tomato, sos cili dan kicap. Kacau lagi.
  3. Setelah itu, masukkan ayam yg sudah digoreng tadi bersama daun pudina dan daun sup. Gaulkan sebati hingga masak. Masukkan tomato dan kacang peas.
  4. Hidangkan.

2 comments:

=) said...

hm.. tak tau la apa jadi dgn internet kat spital ni. i'm working atm, alhamdulillah ada opportunity nak tgk internet jap.

nwys, nice blog u have. byk resepi i can try when i'm not working. thanks. keep up the good work okay :) cheers.

Mimiey.. (^-^) said...

A =)
tq dtg jenguk. nnt ada masa free.lehla try resepi2 kt sini ye...