Wednesday, October 13, 2010

Bawal Goreng 3 Rasa

Menu lunch arini..



Semalam dah masak ikan,xkan nak masak ikan lagi???? Ni la dialog yg dok berulang-ulang dlm otak pagi tadi masa dok menggodak adunan kek pujaan ramai tu. xtau nak buat lauk ape,ambe kuarkan ikan bawal,ayam dan udang letak dlm bekas. Arini kena buat lauk awal sikit sbb my mum g hospital tadi,ade appointment dgn doktor. Sah-sah balik nk makan nasi sbb xbreakfast pn pagi tadi,lagipun my lil sis pn balik awal2 hari ni..


Siap isi sume dlm bekas,dok termenung xtau nk buat lauk ape. Huh,nmpk gaya kena g berjalan umah kengkawan lainla cari idea. Singgah umah Kak Nor, g dekat ikan jap. Nampak cam sedapla pulak Siakap 3 rasa. Tengok bahan sume ade kecuali sos plum.. tengok jam dh kul 12. Sempatla kot... Alhamdulillah 12.30 siap,sempatla b4 my mum n my sis balik.. sayur ambe celur bendi je buat cecah dgn sambal. Ambe tuko ikan siakap dengan bawal sebab my mum xmakan siakap.. 


Resepi ni dari Pn Norzailina Nordin tapi kak Nor ambe dari umah Kak Ummi Kuantan.. Ambe cnp ye.. Ni ambe goreng je sebab nk jumat masa..lenkali akanku cuba yg stim pulak..(^-^)


Bahan:-
1 ekor ikan siakap - dalam 600 gm
100 ml air - boleh tambahkan air kalau nk kuah lebih
2 camb minyak - untuk menumis
garam secukupnya


Bahan Cincang Halus:-
5 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
3 cm halia muda
2 biji cili merah


Bahan Dihiris Halus:-
1/2 kuntum bunga kantan ~ tak ada stok, ganti dgn 2 btg serai (hiris nipis)
2 helai daun limau purut
4 - 5 biji cili padi


Bahan-Bahan Sos:-
2 camb cili kisar
1 camb sos tomato
2 camb sos plum ~ tak ada stok, ganti dgn sos ikan
2 camb gula pasir
2 camb sos cili
1 camb jus limau nipis
1 camt kicap manis



Cara Memasak:-


  1. Sediakan kukusan. Lumurkan ikan dengan garam dan biarkan selama 10 minit.
  2. Letakkan ikan di dalam pinggan yang dilengser dengan sedikit minyak dan air.
  3. Kukus hinga ikan masak.
  4. Sementara itu, dalam kuali lain, panaskan minyak. Tumiskan bahan2 cincang selama 1 minit.
  5. Masukkan bahan-bahan sos dan kacau rata.
  6. Bila mendidih, masukkan bahan-bahan hiris, air kukusan ikan dan garam.
  7. Masak hinga kuah pekat sedikit dan tuangkan ke atas ikan tadi.
  8. Makanlah bersama nasi putih dan ulam-ulaman.

2 comments:

HALAMANKU said...

wah wah wah.. mimey.. rajinnyer.. sedap nampak.. fuh mkn ngan nasi panas2 cukup satu lauk jek...

Mimiey.. (^-^) said...

Kak erma...
hehehhehhe...malu kna puji camni,hahhahaha...mmg kak erma,smlm mie mkn lauk ni je dgn nasi panas campo bendi celur sikit