Tuesday, October 5, 2010

Mee Rebus

Semalam buat mee rebus hasil skodeng umah Kak Hana. Katanya amek resepi tu kat umah Kak Fa, kat sini pun ada,sini pun ada gak..Korang intai la ye.. Gambo korang xyah la cari.. Camne nak ado gambo,orang azan maghrib, dok bertenggek atas dapo lagi kuah mee ni. Garam gula baru nak campak,camne???? Alkisahnye, semalam ambe g party spupu kt umah depan tu hah,tengah2 berparty hujan turun lebat giler wehhhh..nak balik umah jauh bebeno!! Padahal xsampai semeter pun.. Sambungla berparty.. Dahla ujan turun lengkap pakej guruh kilat bagai,camne nak guna blender nak masak (alasan xnak pakai lesung!!!). So,lambatle stat memasaknya..


Tapi walaupun lambat masak, rasenye tetap mabeles!! Cuma kuahnya cair sikit sebab keledek guna sikit je tapi xpelah,yg penting licin. Siap dideliver kt umah depan nu hah... Kita tengok resepi jela ye,gambo nnt ambe buat lagi, ambe masukkan..


Bahan-bahan

  • mee kuning - celur n toskan.
  • 1/2 biji bawang besar 
  • 3 ulas bawang putih
  • 1 inci halia
  • 1 inci lengkuas
  • 5 batang cili kering - nk pedas leh tmbh lagik
  • segenggam udang geragau@udang kering- basuh dan blend
  • 300g daging - direbus then potong nipis.air rebusan ketepikan
  • 5+ ekor udang segar - direbus separuh msk n air udang ketepikan - tp hana campak jerk terus
  • 2 sudu sos tomato - leh ganti ngan air asam jawa.
  • 2 biji keledek sederhana - rebus dan blend
  • garam
  • gula - gune gula melaka@nisan lg sedap.
  • air - secukupnyer, jika kuah pekat sgt.
Cara-cara

  • bwg besar n bwg putih, lada kering potong2 then goreng sekejap.
  • blend bwg n lada kering td masukkan juga halia dan lengkuas.
  • panaskan minyak. tumis bhn blend hingga pecah minyak. masukkan sos tomato n udang geragau.
  • masukkan air rebusan daging,rebusan udang, daging n keledek.perasakan ngan garam n gula. then didihkan.kuah mestilah pekat baru kaww! tp klu pekat sgt tmbhkan air skit. last sekali baru masukkan udang. tutup api.
  • dah siap! hidangkan mee ngan telur rebus, tauhu goreng, taugeh (tk ltk pon coz hb tk suka), limau kasturi/nipis, daun bwg, bwg goreng, jeruk chili/jeruk lada.

1 comment:

Mas said...

mimiey, k.mas datang nak mee rebus semangkuk..kuah lebih tauu..