Powered By Blogger

Sunday, October 10, 2010

Puding Coklat Sos Kastard

Puding ni penah tengok kat umah Kak Dayang masa bulan pose aritu,tapi asyik tertangguh je kerjanya. Ade je yang xcukup. Akhirnye!!!! Jadi gak,kebetulan stok susu ade lagi dlm peti tu. Memula ingat nak buat pagi tadi,tapi tetiba pulak kena serangan virus selsema.Dok asyik menenyeh hidung smpai dh jadi cam idung clown dah.. Tertangguhla kejap..Petang tadi dengan penuh semangat,buatla smpai siap..


Abaikan kualiti gambo ye sebab xtau pe yg ambe tersalah tekan, habis kaler gambar jadi xlawa. Dah puas cari tp still camtu gak.. So,korang kenala bersabar ye tengok n32 lepas ni dengan kemilau cahaya yg menusuk mata. kalau kemilau Habib Jewels xpe gak,yg tu sape xnak... Ni kemilau menyeksa mata wa cakap lu!!! Tambah pulak dengan diriku yg memang xterer langsung pasal kamera,tau snap je..lagila..hmmmmm.... 


Lupa lak,rasenye?????yummy... makan time sejuk2 memang walllaaa... Tapi ambe ubah sikit sebab nk bagi lagi lembut..


Umah yg penah try: Kak Nor, Kak Izah, Kak Mas..



Puding Coklat :
  • 10 g serbuk agar2 (plain) Cap Tiga Ros
  • 500 ml susu segar
  • 250 ml susu cair
  • 200 ml air
  • 3/4 cawan gula pasir
  • 2 sudu besar susu pekat
  • 150 gram coklat masakan
  • 1 sudu besar tepung kastard + 2 sb air
  • 1 sudu besar mentega
  • 1 sudu kecil esen vanilla
Cara-cara : 
Larutkan agar-agar dan gula bersama 100 ml air. Kemudian, masukkan susu segar, susu cair dan susu pekat. Kacau sebati dgn api perlahan. Setelah itu, masukkan coklat masakan, esen vanilla, tepung kastard dan mentega. Sebatikan. Tutupkan api. Tuangkan ke dlm bekas bersesuaian. Sejukkan.

Bahan sos kastad :
  • 3 cawan susu segar / susu cair ( DJ campurkan kedua2nya )
  • 3 sb tepung kastard
  • 5 sudu besar gula pasir
  • 1 sudu kecil esen vanilla 
Cara-cara :
Satukan kesemuanya di dlm periuk. Kacau hingga tepung larut. Kemudian, dipanaskan dgn api kecil hingga sos kelihatan pekat. Tutupkan api, dan tuangkan ke dalam bekas puding tadi. Sejukkan terlebih dahulu. Kemudian, hiaskan dgn coklat urai jika suka.

* Ni sukatan yg ambe buat tadi. Sukatan asal leh g tengok umah Kak Dayang n the others..

1 comment:

Mas said...

mimiey, k.mas nak puding kastad 4 gelas, sedapnya....tak puas lagi makan ari tu..