Powered By Blogger

Monday, October 25, 2010

Ayam Merah Pak Long

Kerana nasi minyak, diriku diterjah dengan soalan yg panazzzzzz dari Kak Mas dan Kak Del,wahahhaha.... Utk kakak2ku ber2, nasi minyak tu lambat lagi ye. Ni nasi minyak perut orang umah ni yang berkompang lapo!Kak Izah,lupa tadi nak idang lauk, idang nasi je,hehhehe... Ni la lauk yang ambe gandingkan di pelamin dengan nasi minyak, ayam merah Pak Long. Yang penting paklong yg dimaksudkan bukan paklong ku ye, tapi Pak Long Abang Mat Gebu..


Menu ni dah lama dok dalam waiting listku, baru hari ni berkesempatan nak buat. Memang rasa agak lain sikit sbb ada kacang tanah dlm ayam ni, dan ambe skip bab santan dan buah keras sebab xde dlm simpanan sekarang ni. Tapi xpela, lenkali akan try buat dengan penggunaan bahan yg cukup.

BAHAN-BAHANNYA :-)
600 gram ayam, potong ikut suka
1 biji bawang besar hiris bulat
1 genggam isi kacang tanah jenis besar
1 cawan santan (mat guna 1/2 cawan susu segar + 1/2 cawan air)
1/4 cawan cili kisar
2 camca besar penuh tomato puree
2 tangkai daun ketumbar, potong kasar2
Garam dan gula secukup rasa

BAHAN KISAR HALUS :-)
7 biji bawang merah
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1/2 inci lengkuas
2 biji buah keras

BAHAN TUMIS :-)
1 batang kayu manis
1 kuntum bunga lawang
2 biji buah pelaga
3 biji bawang merah, hiris halus
2 ulas bawang putih, hiris halus

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Kacang tanah tadi dicuci, dan rebus hingga lembut dan buang kulit. Ayam dicuci bersih, lumur dengan garam dan serbuk kunyit, goreng embal-embal (tak berapa garing), angkat dan toskan. Ketepikan.
  2. Panaskan minyak dalam kuali, masukkan bahan tumis dan tumis hingga harum, masukkan cili kisar dan tomato puree, kacau dan tumis hingga terbit minyak. Masukkan kacang tanah dan santan, kacau rata. Biar mendidih.
  3. Masukkan ayam, daun ketumbar dan perasaakan dengan garam dan gula (selalunya manis sikit). Kacau rata dan masak dengan api perlahan hingga pekat. Masukkan bawang besar, gaul dan masak hingga bawang layu. Rasa dan jika ok boleh matikan api. Tabur kacang pis sebelum dihidangkan, jika suka...

8 comments:

cek chun said...

ehemmm.. nak seketoi :P

Mas said...

budak kecik..nak peha ayam...jangan sorok ayam masak merah tu, k.mas nampak..

Mimiey.. (^-^) said...

cek chun..
blh2...nak bahgian mane???

kak mas..
hahhahahah,kak mas ni,nmpk aje mane org sorok ayam tu..yela yela,nah peha ayam..

efa said...

sedapnya...terliur saya...lapor2...bak 1 nk wing :)

gnesop.com said...

wah.. sedap nampak.. :)

Mimiey.. (^-^) said...

efa..
hehhehhe...nak wing ye??boleh2....

gnesop.com..
hehehhehe...tq

Deliah's Deli said...

salam mimiey..owh smlm x kuarkan lauk..dah la akak ngan kak mas mkn nasi alat2...terbelegek plak...air pun x de :))) meh bak sini ayam masak merah tu seketui..wat mkn cicah roti pun sedap nih :p~

Mimiey.. (^-^) said...

kak del...
jap...jap...mie ada la letak bwh tudung saji rotan,siap dgn ulam timun lagi. ke kak del slh masuk umah mimiey lain ni,hehheheeh.... mehla sini, mie buat aym msk merah yg spesel tok kak del n kak mas, plus air oyen,ok...=))