Tuesday, September 28, 2010

Sambal Telur Pecah

Dah lama tringin nak makan sambal telur camni tapi asyik tertangguh je kejenye. Sejak nampak kat umah Abang CMG,terus pasang niat nak buat. Kalau niat pose,agaknya dah lepas 2 3 ari pose selesai.. Xlama lepas tu,nampakla pulak Kak Hana buat sambal telur ni,lagila berkobar2 rasa d jiwa nak buat.. Las-las,semalam buatla sambal ni.. Wa cakap lu,sedap wooo!!!! Bila dah lame xmakan sambal telur,memang menambah2 nasi bila makan ni..hhehehhe...


Maapla gambar still not in good quality,waaaa....
BAHAN-BAHNNYA :

5 biji telur gred C (atau telur gred B)
1/2 biji bawang besar
*
2 ulas bawang putih
*
1/2 inci belacan
*(*ditumbuk lumat)
1/2 cawan cili kisar
1/4 cawan jus asam jawa
Garam dan gula secukup rasa
1 hirisan nipis halia
1 biji bawang besar, hiris kasar
1 cawan air

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Panaskan minyak dalam kuali, tumis bahan tumbuk lumat hingga harum, masukkan cili kisar dan halia, tumis hingga garing, masukkan garam dan gula secukup rasa. Tuang jus asam jawa dan juga air. Kacau dan biar mendidih.
  2. Perlahankan api pada kadar paling kecik. Pecahkan telur satu persatu dalam kuali, pastikan ianya tidak bertindih antara satu sama lain.
  3. Masak dengan api perlahan selama 15 - 20 minit atau hingga telur mengeras secara perlahan. Kemudian kacau perlahan2. Tambah hirisan bawang besar dan masak hingga bawang lembut dan sambal pekat. Rasa dan jika ok boleh matikan api...

No comments: