Saturday, September 18, 2010

Puding Roti Pelangi

Buat puding ni masa nak g beraya umah kawan ambe khamis lepas. Saje je menggatalkan tangan ni buat puding ni. lagipun sekejap je buat pun. Umah kengkawan blogger lain dah lama buat resepi ni,ambe je yg baru nak terhegeh-hegeh buat. Terhegeh-hegeh pun xpela,asalkan buat n dapatla post kat umah ambe ni. Macam biase, resepi ni hasil jenjalan ambe ke umah Kak Hana yang baru je buat besday party tok anak die yg tomey tu, Darwish sambil sambut skali dengan si abang Danial tu...Epi Besday Darwish n Danial!!!!!




Bahan-bahan



  • 4 keping roti
  • 2 biji telur
  • 1/2 cawan susu pekat
  • 170ml susu cair
  • 8gram serbuk agar2 @ sepeket
  • 1/2 cawan gula - bleh kurangkn
  • 2 sudu besar butter/marjerin (cairkan)
  • 31/2 cawan air = hana guna cwn biasa 230ml.
  • pewarna merah,oren dan hijau. (terpulang masing2)

Cara-cara

  1. Didihkan 3 cwn air,serbuk agar2 n gula ke dalam periuk.
  2. Blend roti,telur,susu pekat, susu cair dan balance air tadi (1/2 cwn). Kemudian masukkan dalam periuk agar2 yg sudah didih td.
  3. Masukkan butter/marjerin dan kacau rata sampai mendidih. matikan api.
  4. Bahagi kepada 3. masukkan warna pilihan dan kacau sebati. (hana gune merah,hijau dan kuning)
  5. Ambil sesenduk warna hijau dan tuang di tengah2 loyang. kemudian ambil sesenduk warna merah, tuang di atas warna hijau tadi. biarkan puding gerak sendri ke tepi. tk payah ratakan atau kacau. kemudian ambil pula warna kuning tuang di atas kaler hijau pula. ulang smula kaler merah dan buat hingga habis! ketika melapis@me'marble'kan hendaklah dengan cepat sbb puding@agar2 nih mudah sejuk@membeku.
  6. Dah siap bolehlah di simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya sejam. Enak dmakan ketika sejuk.

2 comments:

Anonymous said...

comamnyo!!meriah sungguh kaler maler!!nok kato supo trefik lait pn duk jgok...toink!toink!

AlKisahKu.. (^-^) said...

anon..
hahhahha..trepic light style tratak rahmat...