Friday, September 24, 2010

Cornflakes Cookies

Ni buat semalam sekali dengan biskut dahlia. Tapi ambe punya terlebey gebuss la pulak. Agaknya pukul butter tu lama sgt kot. Oleh sebab adunan ambe agak lembut, so rasanya susah nak golek2kan dlm cornflakes. Penyelesaiannya ambe lebur je cornflakes tu sume dlm adunan then guna sudu ceduk masuk dlm cup. Ni hasil godek2 umak Kak Ummi tu.. Papepun,rasenye tetap syedap!!!








Bahan:- (anggaran 70 biji)
1/2 cawan butter
1/2 cawan gula kastor
1 biji telor
2/3 cawan kismis hitam (jenama Lego elok halus sikit)
1 cawan tepung naik sendiri (diayak)
2 - 3 cawan cornflakes (ramas2 hancurkan sikit)


Cara Membuat:-
Pukul mentega dan gula hingga kembang. Masukkan telor dan pukul lagi. Dalam bekas lain, campurkan tepung dengan kismis. Kemudian masukkan dalam adunan dan gaul rata. Gunakan sudu teh, cedok adunan jadi ketul dan jatuhkan ke dalam bekas yang berisi cornflakes ramas tadi, golek-golekkan rata. Letak dalam paper cup (cawan kertas). Bakar pada suhu 180 C selama 12 - 15 minit/hingga kuning keemasan. Biarkan sejuk baru disimpan dalam bekas kedap udara.

No comments: