Sunday, September 5, 2010

Cornflakes Milo

Selain cornflakes madu, kitorang buat jugak projek cornflakes milo ni since xpenah try buat yang ni.. Ambe buat 2 adunan. Yang ni pun dari umah Kak Mas jugak.. sonang bangat!!!Tapi kukiz ni botak je atas die,lupa nk beli choc rice kaler2.. last skali biar kosong camtu je...






Bahan - bahan :
  • 100gm butter
  • 100gm cornflakes
  • 100gm serbuk milo
  • 4 sudu makan golden syrup
Cara membuatnya :
  1. Cornflakes dihancurkan sederhana dan disimpan dalam bekas.
  2. Masak butter hingga cair atas api sederhana besar.
  3. Sesudah cair masukkan golden syrup dan kacau sebati.
  4. Kemudian masukkan serbuk milo dan kacau sebati.
  5. Tuang kedalam bekas cornflakes yang telah dihancurkan tadi dan gaul sebati.
  6. Bulatkan terus masa masih panas dan masukkan kedalam bekas mini cookies dan sejukkan dulu sebelum disimpan dalan balang.

No comments: