Thursday, September 23, 2010

Biskut Dahlia

Percubaan pertama ambe mendahliakan biskut dahlia ni. Ambe beli acuannya dah lama, b4 raya lagi tapi xjadik2 nak buat. Pagi tadi ada masa lapang (lapang sokmo!!!) try la buat biskut ni. Tertonggek sana sini jugakla nak menerap biskut ni guna acuan die,ade yg kecik,besar,slim,gemuk separuh sume ada.. macam2 saiz ada.. Ceri pun xde,ambe juz gantikan dgn coklat chip je bagi xnampak kosong sgt. My sister as a tester kata rangup dan sedap rasanye. Ambe lps maghrib nntla try.. Since kita sume msh dlm mood raya,memang sesuai sgtla mabe tayang biskut ni..
Ni hasil jenjalan umah MamaFami. Umah Maklang Azie dan Abg CMG pun ada gak..Mintak ijin ye nk cnp kt sini. Link akan dilinkkan kemudian ats sebab virus alah tu msh berlegar2 lagi...huhuhuhu...





BAHAN-BAHANNYA :-)
300 g mentega
160 g gula aising (mat guna 140 g)
2 kuning telur
1 camca teh esen vanilla (mat guna esen rose)
240 g tepung gandum*
100 g tepung jagung*
160 g tepung kastard*(*gaul rata dan diayak)
Ceri merah, dipotong kecil untuk hiasan

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Putar mentega dan gula aising hingga berkrim, masukkan kuning telur dan esen vanilla/rose dan putar hingga kembang.
  2. Perlahankan speed, masukkan tepung sedikit demi sedikit hingga habis. Adunan akan menjadi doh yang lembut dan mudah ditekan.
  3. Masukkan doh ke dalam alat penekan yang dipasang muncung untuk biskut dahlia. Tekan atas dulang pembakar. Buat hingga siap dan hias dengan sepotong kecil ceri. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 175C selama 15 - 20 minit.
  4. Biarkan biskut sejuk sedikit atas dulang pembakar sebelum dialihkan ke atas jaringan. Biar sejuk sebelum disimpan dalam bekas kedap udara.

No comments: