Monday, September 6, 2010

Ayam Panggang Teriyaki

Kali ni try bakar ayam cara Abg CMG buat. Sangat sedap!!! Bahan2 pun sonang je.. Abg CMG amek dr umah Kak Rinnchan. Ambe tengok umah Kak Hana pun buat guna resepi ni jugak,cuma namanya je diomputihkan jadi chicken teriyaki..




Bahan-bahan


  • 2-3 keping dada ayam boneless- atau apa2 bahagian
  • 3 inci halia - parut
  • 3 ulas bawang putih - parut
  • 3 sb madu
  • 4 sb kicap manis
  • 1 sb gula perang
  • 1 sk garam
Cara-cara

  • Cucuk2kan ayam menggunakan garfu.
  • Satukan semua bahan dan perap lebih kurang sejam atau lebih dalam peti sejuk.
  • Panaskan non-stick dengan sedikit minyak dan panggang ayam tadi. Tutup kuali dan sesekali balik2kan ayam.
  • Curahkan lebihan kuah perapan ke atas ayam dan sentiasa dibalik2kan agar masak sekata dan berkilat.
  • Dah masak, angkat, hiris2 dan hidangkan. curahkan lebihan kuah ayam tadi.

2 comments:

Eliza said...

Mie..npk sedapnya ayam tu.mintak ckit..

AlKisahKu.. (^-^) said...

kak eliza
heheheheh...mehla amek..ade seketui lagi ni