Wednesday, September 22, 2010

Kuah Kacang Daging

Biar betol ambe ni buat kuah kacang je???? Nasi impitnye mana??? Ni betol2,bukan nak main-main la..Ambe buat kuah kacang ni semalam sebab tringin nak makan cecah roti. Kebetulan malam semalam ambe beli kacang tanah,so pagi semalam buatla projek kuah kacang ni. Balik my sis 2 org dai skolah,terus ngadap kauh kacang dgn roti.. Nasi pun letak tepi..Ambe nak makan pun kna tunggu bukak puasa la semalam. Lepas isyak semalam memang melantak habis la..SEyes,syedap giler!!!!!! Kak Yatie, kuah kacangmu memang meletoppp!!!!!! Tapi daging ambe letak sikit je sbb 2 je secoit yg tinggal... Meh layan resepi meh...

 
Bahan-bahan:
  • 300gm kacang tanah, digoreng tanpa minyak dan dibuang kulit
  • 1 kilo daging dipotong kecil
  • 1/2 cwn minyak utk menumis
  • Sedikt air asam jawa
  • 3 sudu besar gula merah
  • 3 sudu besar gula pasir
  • garam secukup rasa
  • 1 cwn santan pekat
  • 2 cwn air-anggaran
Bahan Dikisar:
  • 2 batang serai
  • 3 inci lengkuas
  • 5 biji bawang merah
  • 4 ulas bawang putih
  • 2 inci halia
  • 1 cwn cili kering kisar
  • 1 sudu besar udang kering
  • sedikit belacan
Cara-cara:
  1. Rebus daging hingga empuk dan toskan airnya.
  2. Kisar kacang tanah. Sebahagian besar dikisar halus, sebahagian kecil dikisar kasar.
  3. Tumiskan semua bahan kisar sehingga naik bau dan agak masak.
  4. Masukkan air asam jawa. Kacau dan tuangkan air. Biarkan mendidih sambil
  5. dikacau sekali-sekala.
  6. Masukkan kacang tanah, gula dan garam.
  7. Kemudian masukkan daging yg di rebus tadi.
  8. Biar terus menggelegak dengan dikacau sekali-sekala sehingga daging empuk dan sebati. Jangan risau sekiranya kuah kelihatan cair kerana lama-kelamaan ia akan pekat.
  9. Rasa dan tambah garam, gula dan masamnya jika perlu. 
* Kak Yatie,ambe link after this..Skang ni tgh sibuk malware menyerang

3 comments:

SYANI said...

Mak saya pun suka buat kuah kacang letak ayam.. sedap!!

Anonymous said...

xjupo cari daging.sapo kebas xtaulah.cinabeng!hehe..mentang2 la make lmbt..tp ku tau sapa yg kebasnya..2 JANTAN itu!!!

Mimiey.. (^-^) said...

anon..
hahahhahah...xpo2,nnt buat lagi susuk slalu daging tu...