Powered By Blogger

Sunday, September 19, 2010

Nasi Ayam Istimewa

Request my mum yg nak makan nasi ayam tapi xcukup syarat sbb daun salad xde.. Xpela,timun n tomato pun dh ok to me. Resepi ni from umah Kak DJ. Tapi ambe ubah sikit tang kicapnye tu. Walaupun dah derhaka,tapi rasanya lagi best...








Untuk Nasi:
  • 3 pot beras (dicuci dan ditoskan)
  • 2 biji bawang merah
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 cm halia
  • 1 sudu besar minyak sapi/Ghee
  • sehelai daun pandan (dicarik dan disimpul)
  • setitik pewarna kuning
  • sedikit garam
  • air rebusan ayam secukupnya bergantung pd jenis beras yg digunakan
  • 2 sb butter-utk menumis
Cara-cara : Kisar bawang2 dan halia. Panaskan minyak sapi, tumis bahan kisar berserta daun pandan sehingga wangi. Masukkan pewarna kuning dan kacau rata2. Kemudian masukkan ke dlm periuk nasi bersama beras td. Masukkan air rebusan ayam dan garam secukupnya. Masaklah seperti biasa.

Untuk Sup :
  • Air rebusan ayam
  • 1 biji bawang merah (ditumbuk)
  • 1 ulas bawang putih (ditumbuk)
  • sedikit serbuk lada hitam
  • 1 sudu besar stok ayam
  • garam secukupnya
  • sedikit daun sup dan bawang goreng
Cara-cara : Panaskan air rebusan ayam dan masukkan kesemua bahan di atas kecuali daun sup dan bawang goreng. Sesudah masak, hidangkan dan taburkan daun sup dan bawang goreng.

Ayam



Bahan-bahan :
  • Seekor ayam (dipotong ikut suka, dibersih dan direbus dgn sedikit garam sehingga separuh masak dan ditoskan serta disejukkan terlebih dahulu)
  • 7 ulas bawang merah (dikisar)
  • 3 ulas bawang putih (dikisar)
  • 1 inci halia (dikisar)
  • 2 sudu makan lada sulah
  • 1 sudu makan serbuk lada hitam
  • 1 sudu makan jus lemon @ sos plum
  • 1 sudu makan sos cili
  • 1 sudu makan sos tiram
  • 2 sudu makan minyak zaitun/minyak masak (hanya utk kaedah membakar sahaja)
  • garam dan gula secukupnya.
  • minyak utk goreng terendam
Cara-cara :
  1. Gaulkan ayam dgn bahan2 di atas dan perap lbh kurang 1 jam.
  2. Goreng sehingga masak.
  3. Untuk kaedah membakar, panaskan oven 180C. Sediakan tin pembakar, lengserkan dgn minyak zaitun/minyak masak. Susunkan ayam dan tutup dgn kertas foil. Masak selama 30 minit. Buka kertas foil, renjis2 sedikit dgn bahan perapan td dan bakar semula selama 10 minit atau sehingga masak (bergantung pd jenis oven yg digunakan)

Untuk Sambal Cili :
  • 2-3 batang cili merah (dipotong2 sedikit)
  • 6 biji cili padi
  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sb sos cili
  • 1 sb sos tomato
  • sedikit garam dan gula
  • sedikit jus limau kasturi
  • air masak secukupnya
Cara-cara : Campur kesemua bahan ke dlm pengisar dan kisar sehingga lumat. Hidangkan.

Untuk Kicap :
  • 5 sudu besar kicap manis
  • lebihan perapan ayam
  • 1 sudu makan tepung jagung + sedikit air (jadikan pes)
  • air secukupnya
Cara-cara : Masakkan air,lebihan perapan ayam dan kicap sehingga mendidih. Masukkan tepung jagung dan kacau sehingga kuah agak pekat.

No comments: