Tuesday, September 7, 2010

Ayam Masak Merah.

Alang2 dah godek2 dapo Kak Hana, terus cari resepi tuk ayam masak merah...Maka terhasilla ayam masak merah ni. Sedap!!!! Cuma lain kali kena campak cili padi sikit kasi pedas..




Bahan-bahan

  • 4 ketul ayam (yg dipotong sederhana)
  • garam dan kunyit ( utk goreng ayam )
  • 10 btg cili kering
  • 3 sudu tomato puri
  • 2 sudu sos tomato
  • 2 sudu sos chili
  • 6 biji bwg merah
  • 3 biji bwg putih
  • 1 btg serai diketuk
  • 1 inci halia diketuk
  • sesudu air asam jawa
  • 1 biji bwg besar ( dihiris bulat )
  • bahan tumis ( kayu manis dan adik beradiknya )
  • garam
  • gula

Cara-cara

  1. Gaul ayam dengan garam dan kunyit dan goreng sehingga masak.
  2. Blend cili kering,bwg merah dan putih dan tumis sehingga cili masak. Masukkan skali bhn2 tumis.
  3. Masukkan tomato puri, sos tomato,sos chili, serai,halia,air asam jawa, garam dan gula secukup rasa.
  4. Last skali masukkan ayam yg telah digoreng dan bawang yg telah dihiris bulat2. Tutup api... Hiaskan ngan timun,salad,tomato,kacang pes...(ikut suka)...

No comments: