Tuesday, September 28, 2010

Ayam Masak Paprik Special

Ayam ni digandingkan dengan telur pecah darat semalam. Ayam ni pun sgt sedap dan terasa daun limau purut tu masa makan..Nyum nyum... Sebenarnya xtau nak masak ape,las-las g jenjalan umah Kak Nor,nampak ayam ni.. Memandangkan pokok limau purut tengah idup merimbun kat tepi pagar tu dan ambe jeles tengok kerimbunannya,maka kupetik 3 4 helai untuk dicampak dlm masakan semalam,wahahahhaha... Kak Nor cakap die amek umah Akak Love... Share kt cini ye..





Bahan-bahannya :-
300gm ayam (Hubby guna bahagian keel ayam) ~ dipotong dadu
5 biji bawang merah ~ dihiris
3 ulas bawang putih ~ dicincang
1/2 inci halia ~ dicincang
1 biji tomato ~ dipotong
1 biji carrot ~ dihiris
30gm bunga kubis ~ dipotong
3 helai daun limau purut
2 sb cili kering kisar
1 sb sos tiram
1 sb kicap manis
1 sb sos cili
1 sk sos ikan
garam secukup rasa



Cara-cara:

  1. Gaulkan ayam bersama sedikit garam. Panaskan minyak dlm kuali dan gorengkan ayam hingga separuh masak. Angkat dan ketepikan.
  2. Kurangkan minyak, tumis bawang putih, bawang merah dan halia hingga naik bau. Masukkan cili kering kisar dan tumis hingga pecah minyak.
  3. Masukkan bunga kubis dan carrot. Gaul rata, biar sayur masak.
  4. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi. Tambahkan sos tiram, kicap manis, sos cili, sos ikan dan sedikit garam. Gaul sebati, biarkan sebentar.
  5. Masukkan tomato dan daun limau purut, kacau rata dan padamkan api.
  6. Sedia dihidang bersama nasi putih panas2! ;)

No comments: