Sunday, September 19, 2010

Lychee Pudding

Yang ni buat utk adik ambe bawak g skolah die esok,ade jamuan hari raya besar2ran kt skolah die esk.. Tringat pulak zaman ambe dulu,kalau ade jamuan hari raya mesti kelam kabut nak siapkan ape yg nak dibawak tok jamuan tu nnt. Masa tu macam2la dlm otak nk bawak kek tu,puding ni..las skali bwk biskut raya,ambek kau!!!. Meh kita tengok resepi puding ni. Ni hasil godak2 umah Chik Mimi..~~~~Chik Mimi,kita sama nama u,suker2!!! Saje je ambe letak jelly kt atas tu,buat glamer,ahaksss...



Bahan2 :~
  • 10gm serbuk agar-agar
  • 900ml air (air biasa + air dari tin laici)
  • 120gm gula (ikut citarasa)
  • 200ml susu cair
  • 1 tin laici ~ asingkan buah (dicincang/dipotong...nak letak besar2 pun boleh)
  • 1 cawan Nata de Coco perisa laici (optional...Love letak)~Chik tak letak
Cara2 membuatnya :~
  1. Didihkan air bersama gula dan serbuk agar2 hingga larut. Kacau dgn whisk.
  2. Padamkan api. Masukkan susu cair ke dlm adunan dan kacau sebati.
  3. Susun buah laici yang telah dicincang bersama nata de coco di dlm loyang atau acuan yang sesuai.
  4. Tuangkan adunan ke dlm loyang/acuan. Biarkan suam terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dlm peti sejuk.
  5. Apabila puding dah betul2 sejuk...potong dan hidangkan! *jika menggunakan nata de coco, pastikan pisau diasah tajam sebelum memotong puding...

No comments: