Powered By Blogger

Saturday, September 25, 2010

Kek Coklat Tanpa Telur

Ni kek yang ambe buat tok sambut besday my sister hari ni. For the very 1st time, ambe try mendeco kek coklat tu. Hmmmmmm... boleh tahan mencabar gak!! Maklumla xpenah ku buat keje-keje mendeco guna aising ni,habis2 kalau buat kek coklat letak ganache je kat ats kek tu.. Hari ni try jugakla buat. Kek tu hasil resepi ambe godak2 umah Kak Nor67. Kata Kak Nor,diambilnya umah Kak DJ. Buttercream tu pulak hasil jelajah umah CM.Tengok bahan-bahan yang dia guna mudah je,ambe tryla buat.. Alhamdulillah jadi walaupun comot,almaklumla xpropesional...
Kualiti gambar jgn dipesoalkn.Ambe ambik guna kamera tepon je,sebab owner tepon bawak g outstation,waaaaaaaa...Skang ni kalau snap gambo guna abah ambe punya,tapi dah abah ambe g outstation,kenala guna kamera tepon je,huhuhuhu...gambo pun xclear sgt..

Bahan-bahan : loyang kecil
  • 1 cawan tepung gandum*
  • 1/3 cawan serbuk koko hitam*
  • 1 sk serbuk penaik*
  • 1/2 sk soda bikarbonat*
  • 1/4 sk garam
  • 3/4 cawan gula pasir / gula halus (dikisar halus seperti gula icing)
  • 1/3 cawan minyak masak sayuran / minyak jagung
  • 3/4 cawan air kopi panas
  • 1/3 cawan susu segar
  • 1 sk esen vanilla
  • 1 sk cuka / jus lemon

Cara-cara :
  1. Sediakan loyang kek. Griskan dgn mentega dan taburkan sedikit tepung. Panaskan oven pada suhu 170-180 C.
  2. Di dalam mangkuk adunan, ayakkan bahan-bahan bertanda *. Masukkan gula dan kacau rata-rata.
  3. Masukkan bahan-bahan selebihnya (kecuali cuka) dan kacau sebati dengan menggunakan senduk kayu / spatula. Kacau mengikut arah pusingan jam.Pastikan air kopi betul2 panas.
  4. Tapiskan adunan.
  5. Masukkan cuka dan terus kacau serta merta selama 20 saat.
  6. Tuangkan cepat2 adunan ke dalam loyang dan bakarlah selama 30-40 minit atau sehingga masak. (suhu bergantung pada jenis oven masing2).
  7. Setelah masak, sejukkan kek semalaman sebelum dipotong. Nak hiaskan dengan ganache pun ok.
*** Gunakanlah cawan dan sudu metrik utk menyukat bahan-bahan.
*** Fungsi cuka antaranya adalah utk membantu kek naik cantik dan tidak melimpah keluar dari loyang semasa dibakar.

No comments: