Powered By Blogger

Monday, September 27, 2010

Kek Buah Makcik Siah & Happy Birthday Mum!!

Kek Buah ni ambe buat tok celebrate besday my mum semalam.Ingat nk masukkan n3 khas for mum mum's besday tapi xdpt sebab got something to do. Papepun Happy Birthday Mum!!! We love u soooooo much!!! U are the best mum in the world that i ever have!!!! So, since my mum sgt suker kek buah, ambe buatkan kek buah ni tok my mum. She likes it very much.. Yang ni amek resepi Kak An tapi sayang buah2 dlm kek ni malu nak tonjolkan diri sebab sikit sgt. Lupa nak beli mix fruit tambahan. Kalau x,memang kek ni kaya.....kaya dgn mix fruit..




Bahan-bahannya:

4 biji telur gred A
2 cawan tepung kek (tepung naik sendiri)
2 cawan tepung gandum
2 cawan gula
2 cawan margerin
2 cawan air biasa
3/4 cawan buah-buahan campuran (K.An suka guna yang campur betik dan kurang kismis sebab kurang manis- boleh didapati di kedai menjual bahan2 bakeri)
2 sudu teh soda bikarbonat

Cara membuatnya:

1. Masukkan gula, margerin, air dan buah-buahan campuran ke dalam periuk. Biar hingga mendidih selama 2 minit dan warna bertukar agak keperangan. Kacau sebati. Sejukkan.

***selalunya K.An masak waktu malam dan sambung proses lain keesokan paginya

2. Pukul telur sehingga kembang (berbuih). masukkan bahan rebusan ke dalam telur. Gaul sebati. Masukkan tepung sedikit demi sedikit sambil digaul dengan senduk. Gaul sebati.

3. Panaskan oven dengan api bawah pada suhu 190 darjah celsius. Lengserkan loyang berukuran 8 inci X 8 inci dan alas dengan kertas minyak. (atau apa-apa kertas putih yang agak tebal)

4. Tuangkan adunan kek ke dalam loyang dan bakar kek dengan api bawah sehingga kek naik (lebih kurang 20 minit bergantung jenis oven)

5. Tukarkan kepada setting api atas dan bawah dan bakar lagi hingga kek masak sepenuhnya.

Sejukkan kek sebelum dipotong dan dihidang.

*** boleh cuba separuh adunan menggunakan loyang 4 inci X 8 inci...

Kek buah ni bukan sahaja sedap tetapi juga lembab dan gebu... Simpan kek dalam bekas bertutup di tempat sejuk dan kering untuk tahan lebih lama.

No comments: