Thursday, September 2, 2010

Puding Susu Koktel

Sampai 2 n3 pasal puding ni ye... sebenarnya ambe buat separuh adunan je utk satu-satu resepi. so dapatla 2 jenis puding. Nak buat satu adunan penuh utk 1 resepi takut  xterhabis pulak. Better  test market dulu tengok mana yg jadi pojaan ati org umah ni.. yang puding susu koktel tu since stok koktel xde, ambe bantai je tabur choc chips kat atas puding tu bagi nampak lawa. My little sis sukala makan kalau tengok choc chips tu bertaburan atas puding tu... oopppssss!!! Lupa lak..credit to Kak Nor sebab yang ni pun amek kt umah Kak Nor jugak... Kak Nor jenguk kt umah kak Ummi Kuantan nun..


Puding Susu Koktel








Bahan:-
1 paket serbuk agar-agar (11 gm)
2 biji telor
4 cawan air
1/2 tin susu cair
1 cawan gula pasir
2 - 3 sudu besar tepung kastad
1 tin fruit cocktail



Cara-Cara:-
Masak agar-agar dengan air dan gula hingga larut. Sementara itu, pukul telor dan campurkan tepung kastad. Kacau rata dan ketepikan. Bila campuran agar-agar telah larut, masukkan susu cair dan biarkan mendidih. Masukkan campuran telor dan tepung kastad. Masukkan fruit cocktail dan kacau sebentar. Tutup api. Tuangkan ke dalam loyang pilihan yang telah dibasahkan terlebih dahulu. Sejukkan dan hidang.


Rich Choc Pudding
Kak Nor Ganu...



1/2 cawan serbuk koko
1 cawan gula
1/2 cawan susu tepung
1/2 sudu teh garam
4 1/4 cawan air
4 sudu besar tepung jagung
1/2 sudu teh esen vanilla
3 sudu besar butter
1 paket serbuk agar2 (10-11gm)

Campurkan semua bahan kecuali butter dan kacau selalu hingga mendidih.
Masukkan butter, kacau hingga pekat.
Angkat dan masukkan kedalam loyang atau acuan yg disukai.

** untuk puding ni n puding2 lain, kalu nak senang keluarkan bila dah beku, basahkan dulu acuan sebelum memasukkan puding..bila dah beku, insyaAllah senang nak keluarkan.

No comments: