Monday, September 6, 2010

Puding Gula Hangus Anis

Saja je jenjalan umah Kak Nor amek idea nk buat puding apa. Ingat nak habiskan stok susu cair dlm peti tu.. Nampakla Kak Nor buat puding gula hangus ni guna susu cair sikit je,sedang elokla dgn susu cair ambe yg cipot je tu... Ambe try guna cara water bath tapi hasilnya puding ambe xde karamelnya..kering je. Nasib baik rasa still maintain.. Kalau buat lenkali kena guna kaedah kukus pulak.. Nak tengok Kak Anis punya pun leh gak





Bahan-bahannya:
5 biji telur gred A
1 sudu besar tepung kastard
1/2 cawan susu cair
1/2 cawan susu pekat
1 sudu kecil esen vanilla
secubit garam
1/2 cawan gula pasir - dijadikan gula hangus

Cara-caranya:
1. Panaskan kukusan.
2. Sediakan gula hangus dan tuang ke dalam acuan yang digunakan.
3. Masukkan semua bahan dalam jug pengisar dan kisar sebati.
4. Masukkan bahan-bahan kisar tadi ke dalam acuan yang telah sedia dengan gula hangus di dalamnya.
5. Tutup acuan dengan aluminium foil.
6. Kukus puding tadi selama 45 minit dengan api sederhana kuat.
7. Sejukkan dan keluarkan dari acuan.


No comments: