Friday, September 3, 2010

Homemade Soya

Macam xpecaya je ambe dpt buat air soya sendiri,heheheh.... masa air ni tgh atas dapo tadi risau gak sebab still bau kacang soya tu. Tapi alhamdulillah lepas dh sejuk sikit, bau cam soya yg dijual kat kedai tu.... Tapi yang ni manis sikit, ambe still xleh agak kuantiti gula sepatutnya. Tapi xpe,utk siaran ulangan nnt ambe akn kurangkan sikit kuantiti gula dlm air soya ni. Credit tu Kak Zana MyR. Tapi ambe ubah sikit sbb ambe tambah daun pandan bagi bau wangi..



Bahan-bahan:

Kacang soya
Gula secukupnya (refer cara2) 
Daun pandan
air secukupnya (bergantung kpd kuantiti kacang soya - refer cara2)
  1. Basuh kacang soya dan direndam semalaman atau 7 - 8 jam. Pastikan kacang soya direndam menggunakan bekas yang cukup untuk kacang soya mengembang. kacang soya ni kembang sekaliganda jadi masukkan air lebih satu kali ganda dari kacang soya.
  2. basuh dan toskan kacang soya yang telah kembang tu, masukkan separuh blender, kemudian masukkan air penuh kedalam blender, tapi jangan sampai air melimpah bila blend, maknanya agak2 boleh blend la... Insyaallah kalau cara ni air soya tu tak pekat dan tak cair sangat.
  3. bila dah hancur tapiskan dulu guna penapis santan, cara ni cuma utk senang saja, masukkan hampas yang masih ada air tu dalam bekas lain, ketepikan dulu hampas tu.
  4. ulang blend kacang soya ikut step no 2 dan 3 sampai habis
  5. bila dah habis blend semua kacang soya tu, perah pula hampas yang masih berair tu guna penapis teh kain atau kain nipis. ulang sampai habis
  6. bila dah habis perah, tapis lagi sekali air soya tu guna penapis teh kain atau kain nipis tadi, nak elakkan ada hampas tertinggal
  7. masukkan air soya ke dalam periuk dan masukkan gula secukup rasa. kalau x sure ktt gula tu sukat air soya guna jug yg biasa kita buat air kat rumah dan dah tau sukatan gula - cara nk senang le tu. atau pun boleh try masa masak je, kalau tak cukup tambah. Masak air soya tu sampai mendidih dan matikan api..
  8. dah siap...boleh minum panas atau sejuk.
  9. tips: yang saya buat tu, ktt kacang soya tu lebih kurang 400gm ( beli yang dah siap packing) dapat 2 liter air soya. Selamat mencuba...

4 comments:

Anonymous said...

alosss..ni xleh tebing tngok time tngahari.wt trliur jah.dohla tngoh dago air lak2..adess..

db cooper said...

haha.. lpas nie gua leh la experimen buat soya

Deliah's Deli said...

salam mimi...klu air soya pun bt sendiri ni mmg confirm rajen la ni..tabik spring u :))

AlKisahKu.. (^-^) said...

ano..
hahahahhahaha...ni 1st test.manis dooh,hok tu xsapa tu..

kak del..
hheheheheh...biase2 je kak del

db..
silekan try...