Friday, September 24, 2010

Ayam Kicap Pedas

Ni menu berbuka puasa semalam. Terasa nak makan ayam yg pedas2 sikit,so godek2la dapo Kak Yat.Nampak gambo yg Kak Yat publish tu macam sgt menyelerakan,so buatla semalam. Tapi rasenye..... seyes ambe suka!! Nanti adala tu siaran ulangannya. Nak kata ayam masak merah x,ayam sambal x..Tapi kepedasannya memang ku suka,wakakkaka.... Ni cilok umah Kak Yat..




Bahan2
seketul ayam bahagian paha (potong ,gaul kunyit dan garam,goreng setengah masak)
setengah biji bawang besar kisar
3 ulas bawang putih kisar
setengah biji bawang besar mayang
2 biji tomato belah 4
3 sudu besar cili boh/cili kering kisar
2 1/2 sudu besarKicap manis
2 sudu besar sos tiram
setengah cawan air(terpulangla nak berkuah/tak)

Cara
Tumis bahan kisar hingga wangi ,masukkan cili boh tumis hingga garing.
Masukkan kicap manisdan sos tiram biar hingga naik minyak..
Masukkan ayam beserta air dan tomato
setelah hampir masak taburlah bawang hiris..dah siap

No comments: